Sunday, November 28, 2010

Retrospection

ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻠﺭﻤﻥﺍﻠﺭﺤﻴﻡ

Semalam Hari Ulang Tahun Perkahwinan Ummi dan Baba. Baba belanja kami sekeluarga makan di restoran Labib Taman Melati. Makanannya sedap, mengingatkan Ummi kepada kawan Ummi Noora al-Sabah dan Nawal al-Rashidi dari Kuwait.

Semalam Ummi sms anak-anak Ummi di perantauan mengingatkan mereka kepada tarikh istimewa, tarikh bermulanya keluarga sederhana kami. Perkahwinan yang bermatlamat semata-mata untuk sama-sama membimbing ahli keluarga mencapai keredhaan Allah. Pada malam pertama perkahwinan, Ummi dan Baba berbincang matlamat perkahwinan yang kami fikir selari dengan kehendak Islam, tarbiyyah yang perlu kami lakukan dan yang penting sekali kerjasama, tolak ansur dan open communication untuk menjamin keluarga bahagia. Asas sebuah masyarakat Islam adalah keluarga bahagia. Kalau keluarga porak-peranda, bagaimana ahlinya dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat Islamik sedangkan masanya dihabiskan untuk menyelesaikan masalah rumahtangga.

Anak-anak Ummi membalas sms Ummi dengan ucapan dan doa. Ummi sangat gembira dan terharu. Tetapi Ummi juga rasa terkilan kerana seorang anak Ummi seakan-akan ignore sms Ummi. Walaupun hati Ummi sikit terguris tetapi Ummi cuba membuat berpuluh-puluh alasan untuk memujuk hati Ummi. Ummi pun tidak faham kenapa Ummi begitu terkesan dengan perlakuannya...kemungkinan besar dia tidak menyedarinya. Ummi sensitif kerana sebelum ini dia begitu responsif dengan mesej Ummi. Tetapi kebelakangan ini, dia tidak begitu lagi. Ummi membuka semula semua mesej-mesej Ummi kepadanya dari tarikh Ummi mula menghubunginya dan setiap mesej Ummi akan dibalas. Hati Ummi mula membuat rumusan yang bukan-bukan. Ummi mesti bersangka baik...Ummi memujuk hati Ummi sendiri...Alhamdulillah, sehingga kesaat ini Ummi boleh bersangka baik walaupun hati sikit terkesan tetapi Ummi melihat ini sebagai satu mesej dari Yang Maha Mengetahui untuk Ummi fikirkan dengan contemplative intelligent.

Anak-anak Ummi
(Abe, Kak, Acik, Adik, MQ, Shah)

With every breath that I take
I pray for your wellbeing in this evanescent world
and for your salvation in perennial world
I pray for you to be in history
traversing this journey to return
and for Allah to grant you physical, intellectual ans spiritual resilience to ward off the otherness of history which always
come between you and The One
Nothing could make me the happiest
to see you put aside obstacles that come between you and HIM

My Children
May Allah instill in your heart the light of comprehension, reason and contemplative intelligent for only Man of understanding is among the ulul al-bab who will be given wisdom by Almighty Allah and thus give you salvation in the eternal world.

I love you my children and please bear with me when sometimes I become unbearable and too demanding for I want nothing but to see you succeed in freeing yourselves from the shackles of nihilism thus eases your journey towards The One that is REAL and LIVING.



LOVE IS TO SEE YOU ATTAIN ALLAH'S PLEASURE

No comments:

Post a Comment