ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻠﺭﻤﻥﺍﻠﺭﺤﻴﻡ
Hari Raya Eid Adha tahun ini tak seperti tahun-tahun yang lain. Tiada beza antara hari raya dengan hari-hari yang lain.
Ummi bertolak dari KL pukul 7.30pm pada hari selasa selepas puas menunggu baba yang berjanji akan pulang awal dari KLCC. Ummi memandu kerana baba ingin berehat dan akan memandu pada waktu awal pagi. Beberapa minit setelah melepasi tol Gombak, ummi hanya mampu memandu 20km/jam. Traffic jam was so bad; almost the same as when we went back to vote in the last election.
Bandar Bentong sudah tidak boleh dimasuki; packed with cars...they were practically stood still. Jadi kami mengambil keputusan untuk balik ke Kelate via Terengganu. Lebuh raya Pantai Timur lengang. Ummi wondered, orang Tranung ngan orang Pahang tak balik kampong ke? All the massive traffic jam sebelum tol Bentong tu berakhir di simpang ke Bentong. Takkanlah semua kereta tu menuju ke Kelate...ramainya anak kelate di perantauan.
Selepas makan malam, perut ummi cramped, selalu juga perut ummi cramped selepas makan, mungkin side effect hydrocortisone yang ummi ambil setiap hari. Ummi menuruskan pemanduan...tidak beritahu baba ummi sakit perut. Ummi meluncur dengan kelajuan 120km/jam...peluh dingin mengalir di dahi ummi. Dalam hutan lebuhraya Jabur Jerangau, tiba-tiba ummi break mengejut...sakit perut tak dapat ditahan lagi...baba yang pada masa tu sedang lena tidur, terperanjat dengan bunyi tayar screeeeeching. Ummi keluar dari kereta dan duduk di bahu jalan. Sakit tak dapat ditahan...
Setelah sakit ummi reda, kami sambung perjalanan. Baba yang memandu sehingga ke Setiu dan ummi pula yang terpaksa menggantikan baba kerana baba mengantuk yang amat sangat. Kami sampai ke rumah bonda ummi pada dalam pukul 4.35am pagi raya. Ummi tidak tidur di sepanjang perjalanan. Kami keluar kereta dan terus tidur...barang-barang masih di dalam boot kereta. Ketika bangun untuk solat subuh di pagi raya yang sangat dingin sehingga kabus kelihatan turun sampai rapat ke bumi, badan ummi menggigil, hmmmmm tak cukup l-thyroxine ke? ummi sudah kehabisan ubat dua hari yang lepas. Selepas solat subuh, ummi tidur semula kerana tidak mampu untuk berdiri tegak untuk solat Hari Raya...Pagi Raya ummi tidur sampai matahari meninggi tegak di kepala...ummi tidak pergi ke tempat sembelihan lembu korban; ummi wakilkan kepada baba sahaja...EXTREMELY NOT HAPPY!
Baju raya masih terlipat rapi dalam beg; anak-anak perempuan ummi yang demand baju raya baru pun tidak mengenakan baju raya baru mereka...masing-masing dengan T-shirt dan seluar...
MAY ALLAH FORGIVE US
No comments:
Post a Comment