ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻠﺭﻤﻥﺍﻠﺭﺤﻴﻡ
(imej dari bicara Ariani)
Ummi tidak mengerti airmata itu. Ummi jadi kaku. Tidak tahu tindak balas yang harus ummi berikan. Dalam hati ummi tertanya-tanya. Adakah kerana dia terharu kerana Allah memberikan sedikit kelapangan untuk dia terus teguh berdiri di belakang anaknya yang ummi anggap sebagai anak ummi? Atau kah kerana Ummi memahami jeritan batinnya...seribu persoalan bermain difikiran ummi. Semoga Allah permudahkan...
Ya Allah, hari ini ummi belajar tentang kehidupan yang berbeza dari kehidupan ummi. Seorang ibu yang cuba membalas dengan seadanya dan semampunya. Ummi jadi serba salah. Airmatanya begitu bermakna buat ummi. Ummi tidak mahu menyusahkan tetapi ummi juga tidak mahu dianggap tidak sudi. Ummi rasa bersalah tetapi ummi juga tidak mahu mengecewakan...akhirnya ummi menerima seadanya dan berazam akan lebih banyak membantu. Sesungguhnya kesenangan itu satu penderitaan dan penderitaan itu satu kesenangan...ummi tidak mahu kesenangan menjadi penderitaan...ALWAYS SEEK WHAT IS, NOT WHAT APPEARS...REMEMBER THAT
Wa Allahu a'lam
No comments:
Post a Comment