ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻠﺭﻤﻥﺍﻠﺭﺤﻴﻡ
Dalam keghairahan ummi cuba untuk mendidik anak ummi, MQF, ummi hantar banyak pesanan dan sms kepadanya. Ummi faham MQF sangat sibuk dengan pelajarannya dan ummi tidaklah berharap dia untuk memberi respon yang cepat. Ummi kecewa jika dia lambat memberi tindakbalas tetapi ummi tidaklah ambil hati kerana ummi faham. Tetapi ummi jadi kecewa bila banyak pesanan dan sms ummi tidak berbalas. Ummi rasa seperti diketepikan, tidak dihiraukan, dan segala usaha ummi itu hanya akan menjadi sia-sia saja.
Perkara yang paling ummi tidak suka ialah soalan bodoh, iaitu soalan yang tidak perlu ditanya kerana jawabannya adalah 'too obvious' dan tidak perlu fikir pun. Atau jawabannya boleh didapati dengan melihat di sekeliling kita saja. Perkara paling ummi benci adalah email, sms, pesanan FB yang tidak berbalas. Hati ummi begitu terguris bila ini berlaku kerana ummi tidak tahu samada perkara yang ummi lakukan bermanfaat atau sebaliknya.
Sudah beberapa pesanan ummi telah diabaikan oleh MQF dan ummi sedih. Ummi menahan airmata ummi dari jatuh berderai kerana ummi tidak mahu anak-anak ummi dan suami ummi bertanya. Tetapi dalam hati ummi menjerit kepiluan. Dalam usia tua ummi menjadi terlalu sensitif seperti sensitifnya ibu dan nenek ummi suatu ketika dahulu. Tetapi ummi adalah seorang yang belajar dari pengalaman ummi. 'Aql ummi sentiasa memikirkan pelajaran yang Allah cuba sampaikan kepada ummi. Ummi faham semua perkara adalah 'signs for those who use their intellect' (firman Allah). Ummi teringat Wisdom Seekers (12-13 tahun) ummi ketika ummi 'probe them' untuk memahami makna 'signs'.
U: What is a sign?
WS: total silent...no response
U: give me some examples of signs
WS1: road signs
WS2: Building signs
WS3: Billboards
WS4: product labels
U: Execellent! why do you think we put those signs...road signs?
WS5: for safety...e.g. stop sign,
WS6: to warn, example slippery road, accident prone areas, men at work
WS7: to show us direction
U: what about building signs
WS1: to give information
U: Good! what about billboards and product labels
WS2: to give information too
WS3: they also reminds us about certain thing
WS4: to persuade us to use or buy
WS5: sometimes they also warn users of certain danger
U: what do you think the sign is not telling us about?
WS1: what do you mean?
U: let say road sign is not telling us about what? we say that it shows direction, gives info and warnings
WSS: yes...we didn't get it
U: lets describe a sign that says "turn left"
WS: it's letters are blue in color dan in big bold so that people can see and read it...sometimes the signs are made so beautiful with neon light
U: Good observation...is it important how it looks
WSS: yes, important so that they could give right direction
U: so how it looks is more important or the direction that it points
WSS: the direction...of course!!!
U: Alhamdulillah my wise wisdom seekers....excellent! so when Allah says the heaven, the earth, the camel, the sun, ourselves, the rain, the history of the fallen people such as Thamud people, are signs...what does that mean?
WSS: they are warnings, information, reminders, and to show us directions
U: What directions?
Ummi tak perlu sambung dialog antara ummi dan anak-anak wisdom seekers ummi, biar anak-anak ummi fikir sendiri maknanya...cuba lihat diri kita sebagai warning, pemberi maklumat, pemberi peringatan, menunjukkan arah....
ummi reflect apa yang berlaku berlaku antara ummi dengan MQF.
Inilah apa yang berlaku:
Ummi di lantik menjadi AJK Seminar Kebangsaan Pemikiran Pendidikan Islamik. Ummi banyak menerima email, sms, dan juga pesanan dari Pengerusi seminar untuk memastikan semua kerja telah siap dilakukan. Semua email dan pesanan ummi tidak respon. Ummi hanya balas beberapa sms dan ada juga sms yang ummi abaikan.
Ketika ummi menulis post ini, anak ummi (Acik) sibuk menuduh ummi membulinya. Sound so bad...ummi buli anaknya sendiri...hehe...Ummi dituduh membuli kerana ummi tidak benarkan dia guna laptop ummi...Jadi dia kata, "alaaaaaa ummi ni suka buli acik lah." Sebenarnya semalam dia buli babanya. Apabila babanya datang dekat dia akan jilat jari-jarinya dan lumurkan pada badan babanya, supaya babanya tidak duduk dekat dengannya...tetapi acik tidak sedar yang babanya tidak geli dengan perbuatan dia...baba kata, "masa acik kecik, berak acikpun baba cebok, inikan airliur acik." Hehe... Di rumah bonda ummi, bilangan komputer tidak mencukupi untuk semua cucu-cucunya. Jadi ummi terlupa untuk menulis pengajaran penting dari pengalaman ummi ini.
Mesej Allah yang manakah yang ummi lupa untuk memberi respon...
Amaran Allah yang manakah yang ummi tidak mengindahkan
Ingatan Allah yang manakah yang ummi abaikan
Dengan 'signs'Allah yang manakah ummi menjadi leka dan lupa bahawa 'signs' itu adalah untuk ummi mengagungkan dan membesarkan Allah
Ummi memohon ampun pada Allah...MQF mengingatkan ummi pada sifat kehambaan seorang hamba dan mengajar ummi memahami apa yang di alami oleh mentor ummi dan banyak kesimpulan lain lagi, yang anak-anak boleh fikir sendiri. Ummi SMS "Thank you so much, MQF' and he quickly replied, 'thanks for?'. Apakah hikmah persaudaraan ummi dengan MQF? Semoga kasih ummi menambahkan kecintaan ummi dan MQF kepada Allah yang Maha mendidik hambaNYA menlalui 'experiential learning'.
KELEMAHAN ITU KEKUATAN DAN KEKUATAN ITU KELEMAHAN...UNITY IN MULTIPLICITY...
ALHAMDULILLAH FOR SPIRITUAL COGNITION...ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH
IT IS VERY EASY TO RECOGNIZE BUT TO ACKNOWLEDGE REQUIRES STRONG FAITH
Wa Allahu a'lam
No comments:
Post a Comment