Tuesday, November 9, 2010

Kata diKota

ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻠﺭﻤﻥﺍﻠﺭﺤﻴﻡ

Rakan face book ummi berpesan supaya jangan menyuruh atau mengajar orang lain membuat sesuatu yang kita tidak lakukan. Dia memberi contoh Hasan al-Basri tak akan mengajar?mengajak muridnya sesuatu kelebihan setiap amalan sehingga beliau sendiri melakukannya. Sebagai contoh, memerdekakan seorang hamba, beliau mengumpul duit selama bertahun-tahun sehingga cukup utk memerdekakan seorang hamba. Selepas itu barulah beliau mengajar mengenai kelebihan memerdekakan seorang hamba.

Status face book ini mengingatkan ummi soalan yang ditanya sahabat dan kenalan ummi, bagaimana ummi mendidik anak-anak? Ummi selalunya tidak tahu untuk menjawab soalan ini kerana ummi bukanlah seorang ibu yang baik...dalam mendidik anak-anak ummi banyak melakukan kesilapan yang ummi kesali...tetapi setiap kesalahan yang ummi lakukan ummi cuba untuk mengambil pengajaran daripadanya.

Apa kaitan cara ummi mendidik anak-anak dengan status face book kawan ummi? Bila ummi fikirkan semula, ummi tidak akan menyuruh anak-anak ummi solat sekiranya ummi belum solat dulu; ummi tidak akan menyuruh anak-anak membaca al-Qur'an jika ummi tidak membaca al-Qur'an; ummi tidak pernah menyuruh anak-anak ummi menutup aurat tetapi mereka dengan sendirinya mahu menutup aurat kerana mereka melihat dan menilai perbuatan ummi...kadang-kadang ketika hari hujan, ummi suruh anak ummi yang berumur 8 (suatu ketika dulu) tahun angkat kain di ampaian tanpa memakai tudung kerana takut kain basah, tetapi mereka insist on pakai tudung dan marahkan ummi kerana dalam hal ni pun nak bertolak ansur dengan hukum Allah...Ummi hanya tersenyum dan menjawab, "adikkan kecik lagi...tak wajib pun tutup aurat"...Dalam hati ummi tertanya-tanya, dari mana mereka belajar untuk bertegas dalam mematuhi hukum Allah?

Suatu ketika dulu, ummi ke luar negara selama seminggu dan meninggalkan anak ummi yang berumur 6 tahun bersama neneknya di kampung. Satu malam tu anak ummi letih kerana banyak bermain, jadi dia tidur awal..sebelum waktu Ishak lagi...Ibu ummi beritahu, dalam pukul 3.00 pagi anak ummi kejutkannya kerana anak ummi minta ditemankan ke bilik air. Dia hendak berwuduk dan solat Ishak...Ibu ummi sungguh terharu dan mengalirkan airmata kerana tak pernah lagi jumpa kanak-kanak yang jaga solat sebegitu rupa.

Ummi suka membaca. Anak-anak ummi pun suka membaca walaupun ummi tidak menyuruh mereka membaca...Anak-anak ummi akan membawa buku ke mana saja mereka pergi (terutama kalau berziarah ke rumah saudara...yang ni tak baik untuk dicontohi)...

Anak-anak ummi banyak kekurangan...tetapi dalam banyak hal, ummi bershukur kerana anak-anak ummi ta'at kepada ummi dan baba mereka...sekurang-kurangnya mereka lakukan kewajiban asas kepada Allah...Cuma harapan ummi semoga anak-anak ummi tidak memerap dalam rumah saja sehingga kulit jarang disentuh matahari...

Ummi doakan anak-anak ummi berjaya mencapai kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat...Semoga mereka menjadi anak-anak soleh dan solehah...

Satu cerita lucu...ketika ummi di Mekah, di makam Ibrahim depan Ka'abah selepas selesai tawaf, Baba tanya apa yang ummi minta dari Allah...Ummi cakap yang biasa saja...Baba cerita yang dia berdoa supaya Allah kurniakan kami menantu soleh dan solehah...Ummi rasa lucu dan ketawa...tetapi baba serious...Agaknya doa baba di makbulkan Allah...ummi bakal dapat menantu yang soleh (kepada menantu ummi, jangan perasan pulak)...So Ummi doakan juga supaya menantu ummi berjaya dunia akhirat dan berjaya mencapai cita-cita...Semoga lulus dalam peperiksaan terdekat ini...

Dan tidak lupa juga kepada anak ummi Shah, ummi doakan semoga berjaya dunia akhirat. May Allah always be in your hearts my dear children...Amin



UMMI LOVES YOU, KIDS (Abe, Kak, Acik, Adik, CP, Shah)

No comments:

Post a Comment