Saturday, November 20, 2010

Gadis Ayu Bermusafir

ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻠﺭﻤﻥﺍﻠﺭﺤﻴﻡ

Adakah selamat bagi seorang gadis bermusafir bersendirian? Kebarangkalian sesuatu yang buruk berlaku itu mungkin agak rendah. Terutama jika sigadis dihantar sehingga ke atas kenderaan yang dinaiki dan ada orang yang sedang menunggu sigadis di destinasi yang dituju. Selalunya kita berfikir yang perkara tidak baik akan berlaku sebelum menaiki dan selepas departing dari kendaraan. Tidakkah kita berfikir bahawa mungkin juga perkara yang tidak diingin berlaku semasa sigadis berada di dalam kenderaan?

Satu kisah benar

Zet adalah seorang gadis yang berani dan berkeyakinan tinggi (mungkin sifat ini turun kepada anak gadisnya). Pernah suatu ketika dia memandu sejauh 200km seorang diri di negara barat, di tempat yang terkenal dengan cowboys. Pada suatu ketika Zet mengambil keputusan untuk berhijrah kerana tidak sekufu lagi dengan kawan serumahnya dan dengan suasana tempat tinggalnya.

Zet membeli tiket bas dan menaiki bas untuk ke tempat barunya. Di dalam bas itu banyak tempat duduk kosong. Zet amat gembira. Dia memilih untuk duduk di tempat yang tiada orang disebelahnya. Setelah sampai di satu tempat yang bernama Waco, bas berhenti di station untuk menurun dan mengambil penumpang. Seorang cowboy berbadan tegap dan bermata biru duduk di sebelah Zet. Zet rasa tidak senang tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana tempat lain semuanya telah diduduki oleh penumpang yang baru naik. Perbualan bermula antara Zet dengan cowboy itu.

CB: Howdy? what's your name and where are you from?
Z: Hi, I'm good. I'm Zet and I come from Malaysia.
CB: Malaysia? Where is the place?
Z: south east Asia, north of Singapore and south of Thailand...near Vietnam.
CB: Hmmm, I know Thailand and Vietnam. You're such a beautiful young lady.
Z: Thank you.
CB: Do you have a boy friend?

Zet jadi bigung. Apa yang harus dijawabnya. Sekiranya dia kata ada, dia berbohong. Sekiranya dia kata tiada, apa akibatnya.

Z: Yes, I have a boy friend but he is in Malaysia.
CB: That is so far away. Long distance relationship doesn't work.

Tangan sicowboys sudah menggengam tangan Zet. Zet ketakutan tetapi dia tidak mampu untuk menjerit ataupun melawan.

CB: You're so beautiful. I love you. I wanna marry you. If you marry me, I'll give you everything including my ranch.

Zet kaku...Ya Allah, tolonglah hambaMu ini.

Cowboy memeluk bahu Zet dan memcium pipi dan dahi Zet. Zet mula berpeluh dingin. Tidak tahu bagaimana harus bertindak. Dalam usia yang belum lagi mencapai 19 tahun, dia sangat naive dan begitu mempercayai orang lain. Dia tidak pernah diajar untuk menghadapi perkara yang seperti ini. Sexual harassment belum ada lagi dalam perbendaharaan kata Zet. Si Cowboy tidak melepaskan Zet. Dibisikkan ke telinga Zet all those sweet nothing yang semestinya mengembirakan isteri jika ia datangnya dari suami. Cowboy itu mencium pipi Zet berkali-kali dan mengenggam erat tangan Zet. 3 jam perjalanan terasa seperti 3 tahun. Akhirnya, bas berhenti di sebuah perhentian. Zet cepat-cepat turun dari bas dan menyorok di dalam tandas. Bila Zet kembali ke dalam bas, lelaki itu tiada lagi. Alhamdulillah, Zet bershukur lega.

Zet adalah gadis muslimah yang menutup aurat dengan sempurna. Semua tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah disempurnakannya dengan sebaik mungkin. Pengajaran untuk Zet adalah...TIDAK AKAN BERMUSAFIR SEORANG DIRI LAGI...

Cerita benar ini adalah untuk pedoman anak-anak gadis ummi supaya berhati-hati bila bermusafir. Kalau boleh, biarlah berteman sewaktu bermusafir. Terima kasih MQ kerana menyarankan ummi untuk menceritakan kisah ini buat pengajaran bagi anak-anak ummi.

Wa Allahu a'lam

No comments:

Post a Comment