Wednesday, March 28, 2012

Berfikiran Positif

BismiLlahi ar-Rahman ar-Rahim

Berfikiran positif adalah percaya kepada Allah dengan sepenuh keyakinan tanpa keraguan sedikit pun.

Tetapi, tidak mungkin saya ragu...Saya percaya kepada Allah sepenuh hati dan saya yakin Allahlah yang mencipta segala makhluk yang ada...

Pernah kita berkata begini

"Kalau aku tidak dapat berkahwin dengan sipolan itu, semuanya kerana kau"

"kenapakah aku tidak berpeluang mendapat bantuan sedangkan keputusan aku lebih baik dari orang lain"...

"Aku sudah berusaha, kenapakah aku gagal sedangkan mereka itu belajar kurang
daripada aku tetapi mereka lulus"

"Aku tidak suka tempat ini, orang di sini tidak berdisiplin, pengotor, pemalas..."

Ini adalah beberapa contoh manifestasi keraguan kepada Allah. Tahap kepercayaan kepada Allah yang rendah sehingga kita sanggup menyoal perancangan yang telah Allah aturkan dalam hidup kita. Siapalah kita untuk menyoal Kebijaksanaan Allah yang Maha Mengetahui.

Apakah makhluk itu berkuasa menahan atau menghalang keputusan Allah...Wahai, alangkah! dia ragu-ragu dengan perjalanan hidupnya yang diatur oleh Allah.

Orang yang berfikiran positif melihat setiap dugaan dalam hidupnya sebagai latihan dari Allah untuk menyediakan dirinya menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Pernahkan kita bertanya kenapa kita sentiasa diberi ujian yang sama? Jawapannya adalah kerana kita masih gagal dalam ujian itu. Oleh itu Allah memberikan kita peluang untuk mengambil repeat exam. Apabila kita lulus, Allah akan berikan kita ujian yang lain.

Orang yang berfikiran positif sentiasa memerhati akan hikmah ke atas apa yang berlaku ke atas dirinya. Bertanya kepada diri, mesej apakah yang hendak Allah sampaikan kepadaku? Dalam mencari jawapan kepada pertanyaan ini, kita akan berjumpa dengan berbagai hikmah kenapa sesuatu perkara itu berlaku kepada kita. Bukankah Allah telah mengatakan bahawa semua benda diciptakan tidak dengan sia-sia. Jika semua ciptaan Allah ada sebabnya, termasuk sehelai daun yang jatuh ke bumi itu ada sebabnya, apatah lagi setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup kita ada sebabnya. Jika kita percaya kepada firman Allah dalam surah ali-Imran itu, maka kita akan redha dengan segala apa yang ALlah telah rancangkan dalam hidup kita.

Allahu a'lam

Thursday, March 22, 2012

Hidup itu Ibadah

BismiLlahi ar-Rahman ar-Rahim

Pelajar: Madam, kenapa orang yang terlibat dalam dakwah menipu ketika belajar? Mencari ilmu itu kan wajib.

Madam: Saya tidak tahu kenapa mereka melakukan demikian. Mungkin juga mereka melihat belajar itu bukan satu ibadah. Jika mereka lihat belajar itu ibadah, mereka tidak akan menipu.

Pelajar: Maksud madam, macam orang sekular? memisahkan kehidupan dunia dan akhirat.

Madam: Jika kita solat, adakah kita menipu? Contohnya, kita buat 3 rakaat, tetapi kita tipu kata kita buat 4 rakaat. Disebabkan kita melihat solat sebagai ibadah dan kita merasa bahawa Allah Maha Mengetahui, maka kita tidak akan sekali-kali menipu. Jika kita melihat belajar dan membuat assignment sebagai ibadah, kita tidak akan menipu...BERANIKAH KITA MENIPU DALAM BERIBADAH KEPADA ALLAH? Tetapi jika kita melihat belajar sebagai bukan ibadah, kita tidak merasa berdosa untuk menipu...Dan benar, ini adalah ciri-ciri sekular dalam pemikiran yang dicerminkan melalui perbuatan.

Pelajar: Wah! Madam, saya tidak pernah terfikir begitu...Betullah! Takkan kita menipu ketika beribadah kepada Allah...Terima kasih madam, we love you madam.

Madam: Sama-sama...Love you too.

Apabila melihat hidup sebagai ibadah, maka kita lebih cenderung untuk melakukan yang terbaik kerana dalam ibadah, kita tidak boleh acuh tak acuh dan main-main. Apabila setiap langkah yang diambil menuju ke kelas itu adalah ibadah, dan dipenuhi dengan kekusyukan memerhati alam sekeliling ciptaan ALlah dengan penuh kekaguman kepada Kuasa, Ilmu, Kretiviti Allah, maka setiap hembusan nafas dan degupan jantung adalah zikir dan kelas menjadi medan menambah redho dan cinta Allah apabila ilmu di kelas menjadi pemangkin kefahaman akan keagungan Yang Maha Mencipta...MashaAllah, SubhanAllah, AlhamduliLlah...

Wednesday, March 14, 2012

Ustaz Sekular

BismiLlah ar-Rahman ar-Rahim

Suatu ketika dahulu, Ummi bekerja menguruskan sebuah organisasi Islam. Andaian mudah yang selalu dibuat adalah graduan dari universiti timur tengah adalah orang yang berakhlak mulia dan amanah dalam menjalankan kerja mereka. Setelah mengenali mereka ternyata mereka tidak berbeza malah kadang-kadang lebih parah akhlaknya. Sebagai contoh, ada diantara mereka yang datang kerja pukul 9.00 pagi setiap hari walaupun mereka perlu sampai ke pejabat sebelum atau tepat pada pukul 8.00 pagi. Yang melucukan lagi (baca menyakitkan hati), orang yang selalu lewat ini akan solat dhuha sebaik sahaja sampai di pejabat...Waktu tengah hari, sebelum Zuhur, dia akan keluar dari pejabat dan tidak akan kembali lagi ataupun jika kembali ke pejabat, semestinya sudah hampir waktu Asar. Di manakah amanah, sedangkan gaji dia dibayar untuk dia berada di pejabat dan membuat kerja dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Hari ini Ummi berbincang dengan pelajar-pelajar Ummi untuk menjana idea bagi mengatasi kebejatan sosial yang berlaku sekarang. Ummi mohon pelajar menyenarikan faktor-faktor yang membuatkan dakwah tidak berkesan.

Pelajar: Madam, saya tidak sukalah dengan orang pakai kopiah ini...ponteng kelas tapi suruh kawan tandatangan bagi pihak dia, kalau buat assignment, tiru kawan dan cakap assignment itu dunia semata...asyik dengan kerja dakwah, tapi pelajaran terabai...

Guru: Ada juga orang yang macam itu?

Pelajar: Ada madam dan ramai pulak tu...

Guru: Apa pendapat kamu mengenai pelajar terbabit?

Pelajar: Mereka berperangai sekular kerana memisahkan agama dari kehidupan. Islam mengajar kita dunia sebagai ladang akhirat, apabila mereka memisahkan dunia dari akhirat, maka telah ada ciri-ciri sekular dalam diri mereka.

Guru: Wah! Saya kagum dengan kefahaman kamu. Benar, ada ciri-ciri sekular dalam diri pendakwah tersebut...yang lebih memeranjatkan saya adalah, mereka itu dari bidang agama. Mereka patut tahu membezakan Islam dari sekular.

Patutlah ustaz yang bekerja di organisasi Islam itu berperangai seperti itu! Tidak tahu membezakan antara sunat (solat Dhuha yang dilakukannya setiap hari) dengan wajib (amanah dalam bekerja YANG TIDAK DILAKUKANNYA)...Agaknya ketika belajar di universiti dulu, dia pun berperangai seperti pelajar-pelajar, mamat dakwah, yang suka menipu.

SIAPA AGAKNYA YANG DITIPU KALAU TIDAK DIRI SENDIRI. MELALUI PENGAMATAN DAN PENGALAMAN UMMI, PERANGAI KETIKA DI UNIVERITI AKAN TERBAWA KE TEMPAT KERJA.

Wednesday, March 7, 2012

ROTFL: Guling-Gulinglah

BismiLlah

Aduhai...Pernah kah anda mengalami pengalaman seperti ini? Boleh dikatakan setiap hari menerima mesej seperti ini...LUCU BANGAT!!!

HELLO PRETTY, SALAAMALAIKUM,
HOW ARE YOU DOING TODAY,YOUR PROFILE INTERESTS ME,YOU ARE A VERY PRETTY WOMAN,ARE YOU SURE YOU ARE NOT ANGEL IN DISGUISE ON EARTH? PLEASE DON'T MIND ME BEEN TOO STRAIGHT FORWARD & TOO BLUNT,I REGISTERED FOR FACEBOOK MATCH AND I WAS SENT YOUR PROFILE.
AM JOHN EDWARDS BY NAME LIVING IN THE UNITED KINGDOM,AM FROM A FAMILY OF 2 MY SELF AND MY BROTHER,SINGLE, NO KIDS YET AND BOTH MY PARENTS ARE RETIRED AND ALIVE LIVING HEALTHY,AM A MUSLIM CONVERT OF FIVE YEARS,YOU CAN CALL ME ABDUL.....
A MEDIA DIRECTOR RUNNING MY OWN FIRM AND I AM EQUALLY LOOKING FOR SOMETHING SERIOUS THAT CAN LEAD TO MARRIAGE AND A LONG LASTING RELATIONSHIP,MY FRIEND GOT MARRIED TO AN ASIAN LADY,
I WOULD LIKE TO KNOW MORE ABOUT YOU AND MAYBE WE CAN EXCHANGE MAILS ON, ....... , WE CAN EXCHANGE SMS IF YOU WANT, MY NUMBER IS +447858..... TAKE CARE AND BE SAFE

Monday, March 5, 2012

Kenangan Mengusik Jiwa

Bismi Allahi arRahmani arRahim

Honda Insight putih meluncur lagi meredah hujan lebat menuju ke Gombak. Airmata Puan Zatie mengalir lebat selebat hujan tengah hari ini. Pandangan beliau kabur namun beliau sangat berhati-hati ketika memandu. Pilu hatinya menahan kerinduan yang bersarang lama di dalam jiwanya. Status fecebook Ustazah Siti Khadijah telah menggodak kembali kisah lalu yang tersimpan baik di sudut hatinya.

Afina berjalan laju menuju ke deretan meja yang tersusun rapi di bilik rehat Pusat Pembangunan dan Pendidikan Insan. Afina menyapa lembut, “Assalamualaikum Kak, saya perkenalkan Abdullah”, sambil tangannya menunjuk ke arah Abdullah yang berdiri di sebelahnya. Puan Zatie tersenyum sambil menjawab salam Afina. Beliau memandang tepat ke muka pemuda itu.
Abdullah memakai kemeja-T lusuh berwarna merah, seluar jeans yang hampir tembus di lutut dan sepasang selipar jepun yang hampir putus talinya. Afina menerangkan, “Abdullah baru sahaja sampai dari KL Sentral. Dia menaiki keretapi api dari Laos dalam pakaian inilah”. Sayu hati Puan Zatie, beliau menundukkan pandangan. Takut nanti Afina dan Abdullah mengesan kesedihan dalam sinar matanya yang bening jernih.

Afina menyambung ceritanya, “Kakak, saya sudah tidak mampu untuk membantu Abdullah. Sebagai warga asing dan saudara baru, saya juga amat perlukan bantuan. Jadi saya serahkan Abdullah dalam penjagaan Kakak. Maksud saya, Kakak bantulah dari segi kewangan.”

Puan Zatie tersenyum, “Baiklah Afina, Kakak akan membantu Abdullah setakat yang Kakak mampu. Ceritakan bagaimana Abdullah boleh memeluk Islam dalam Negara Laos yang amat kurang penduduk Muslim.”

Puan Zatie memandang Abdullah sambil mendengar Afina bercerita. Beliau tidak menyangka ada orang Islam yang mengajak orang memeluk Islam untuk disuruh bekerja membantu mereka. Puan Zatie bershukur kerana Afina terserempak dengan Abdullah di sebuah masjid di Laos dan membawanya ke Malaysia. Alhamdulillah permohonan Abdullah untuk meneruskan pelajaran di UIA diterima.

Afina meneruskan ceritanya, “Kakak, Abdullah tidak tahu bertutur dan membaca dalam bahasa Inggeris. Dia juga tidak tahu solat kerana tidak pernah diajar oleh orang yang membawanya ke dalam agama Islam. Kalau kakak mahu bertanya apa-apa, saya akan terangkan kepada Kakak. Ini nombor telefon Abdullah. Saya telah berikan nombor telefon Kakak kepada Abdullah. Saya terpaksa pergi dulu kerana mahu mengambil anak saya di rumah pengasuhnya”.

Sebelum Afina pergi bersama Abdullah, Puan Zatie menghulurkan sedikit wang buat perbelanjaan Abdullah dan berjanji akan bertemu Abdullah pada hari esoknya untuk memberikan pakaian dan kasut kepada Abdullah. Mujur juga Abdullah tinggal di dalam Kampus, senanglah berurusan dengannya nanti. Puan Zatie berdoa agar Allah memberi petunjuk dan kemudahan kepada Abdullah mempelajari cara menjadi seorang Muslim. Bisik hati kecilnya, “Ya Allah, jika Engkau redha dengan rezekiku dan suamiku, Engkau penuhilah hati anak ini dengan iman yang teguh”.

Hari berlalu terlalu pantas. Perbelanjaan sara hidup Abdullah tidak pernah Puan Zatie abaikan. Pada Satu hari, Abdullah menghantar pesanan ringkas, penting katanya, “I have to see you today, urgent”. Abdullah sudah boleh berbicara, menulis dan membaca dalam bahasa Inggeris dalam masa hanya 3 bulan. Sungguh Allah kurniakan kecerdasan minda kepada Abdullah. Puan Zatie terus menelefon Abdullah sebaik sahaja membaca pesanan ringkas itu. Puan Zatie meminta Abdullah datang menemuinya di café HS.

Puan Zatie berjalan menuju ke café. Abdullah sudah sedia menunggu di situ. Sampai saja di café, Puan Zatie memberi salam dan bertanya khabar. Beliau memandang tepat ke muka Abdullah yang bermata sepet seperti orang Siam. Abdullah menundukkan pandangan, air jenih kelihatan mengalir jatuh dari pipi Abdullah. Dia menghulurkan sekeping surat kepada Puan Zatie. Puan Zatie mencapai surat tersebut dan membacanya dengan berhati-hati. Sedih melihat anak muda menangis di depannya. Setelah membaca surat itu, Puan Zatie tersenyum sambil berkata, “masalah kecil sahaja. Saya akan menolong kamu. Itukan janji saya dahulu”. Abdullah mendongakkan mukanya dan memandang Puan Zatie. Dia seorang lelaki yang bertubuh kecil dan rendah. “Tetapi jumlah itu terlalu besar. Bagaimana Puan mahu mendapatkannya?”

Puan Zatie bertutur lembut, “Kamu usah risau, tahulah saya bagaimana membantu kamu. Kamu balik dahulu dan datang berjumpa saya besok di sini pukul 12.30 tengah hari. Ambil ini buat perbelanjaan kamu”. Puan Zatie menghulur segulung wang kepada Abdullah. Abdullah menyambutnya sambil berterima kasih.

Seperti yang dijanjikan, mereka berjumpa keesokan harinya. Puan Zatie menghulur sekeping cek kepada Abdullah. Anak matanya kelihatan ke kiri dan kanan membaca jumlah yang tercatat di muka depan cek tersebut. Air mula merembes keluar dari bibir mata Abdullah. Puan Zatie kehairanan lalu bertanya, “Tidakkah kamu gembira kerana sekarang kamu boleh melunaskan hutang kamu dengan universiti dan dapat menyambung pelajaran kamu? Sehingga kamu mendapat bantuan biasiswa, saya akan membantu kamu.”
Abdullah mengeluarkan sehelai sapu tangan dan mengesap airmata yang tumpah. Dia memandang tepat ke muka Puan Zatie. “Saya bukan siapa-siapa bagi Puan dan Puan tidak mengenali saya. Puan tidak pernah bertanya asal usul saya atau mengambil tahu kegiatan saya, samada saya seorang yang baik atau jahat. Saya sungguh terharu dan terhutang budi. Saya berazam akan menjadi seperti Puan, sanggup membantu sesama Muslim atas hanya ikatan iman. Jika Puan adalah seorang lelaki, saya peluk dan cium Puan sekarang juga. Ya Allah, Engkau kurniakan kebaikan kepada Puan Zatie dan keluarga beliau. Berikanlah ganjaran yang berganda-ganda kepada beliau”. Doa Abdullah menyentuh hati Puan Zatie. Air jernih mengalir membasahi pipinya.

Beberapa bulan selepas itu, Puan Zatie menerima panggilan telefon dari Afina. Afina menyatakan kebimbangannya tentang perubahan Abdullah. Katanya, “Abdullah datang ke rumah saya ketika cuti pertengahan semester lepas. Saya bimbang Abdullah terpengaruh dengan ajaran sesat.” Puan Zatie terperanjat dan berkata, “Ajaran Sesat! Apa yang telah dia buat?”. Afina menyambung ceritanya, “Abdullah bangun dan solat malam pada setiap malam ketika dia berada di rumah saya. Dia juga puasa setiap hari Isnin dan Khamis. Saya bimbang dia terpengaruh dengan Wahabbi”. Puan Zatie tersenyum mendengar penjelasan Afina. Beliau bersyukur kerana doanya telah dimakbulkan Allah. Walaupun begitu, beliau berhati-hati ketika menjelaskan perkara itu kepada Afina, kerana Afina juga seorang saudara baru yang masih perlu banyak belajar mengenai Islam. Puan Zatie memujuk, “Usah bimbang, kakak akan memantau Abdullah. InshaAllah Abdullah berada di atas landasan yang benar”.

Masa seakan beputar ligat. Sudah hampir 6 tahun Abdullah di UIA. Pada suatu hari Puan Zatie menerima panggilan telefon dari Abdullah. Puan Zatie mendengar penjelasan Abdullah…Airmata meluncur laju membasahi pipi dan tudungnya. Puan Zatie diam dan tidak tahu untuk berkata apa-apa cuma beliau berdoa supaya Allah tetap memberi perlindungan dan menunjuki Abdullah jalan yang lurus. Abdullah telah tamat pengajian dan mendapat keputusan cemerlang. Dia akan kembali ke Laos dan kemudian berkelana ke Negara Arab untuk mempelajari bahasa Arab. Puan Zatie mendoakan kejayaan Abdullah. Bibit rindu mula berputik.

Sebelum Abdullah berlepas ke Laos, dia menghantar sebuah pesanan ringkas kepada Puan Zatie. “Madam, you’ve helped me a lot. You are a gift from Allah to me. I will never forget you for the rest of my life. You’re always in my prayers and I want to follow your footsteps, helping others who are in need. Even though I have never said this to you but I love you. You’re my mother. I will always cherish you for the rest of my life. Assalamualaikum madam. I pray that Allah will always bless you and your family”.

Air jernih suam mengalir laju. Hujan semakin lebat. Puan Zatie memperlahankan pecutan Honda Insightnya. Sudah beberapa tahun Abdullah pergi dan selama itulah dia tidak pernah menghubungi Puan Zatie. Puan Zatie faham kesusahan Abdullah dan tidak pernah menyalahkan Abdullah. Cuma beliau rindu. Dalam hujan lebat petang ini, hatinya berbisik,
“I love you Abdullah...,I try to search for you but I didn't know your real name...I only know your Muslim name...I miss you so much...May Allah grant you happiness and success in both worlds...if you, one day, google my name, you will find me, I'm sure. Please contact me...I miss you soooo much”.

Ustazah Siti Khadijah, Puan memang pandai mengusik memori yang tersimpan lama sehingga membuahkan rindu yang tidak terlukis oleh kata-kata.