BismiLlahi ar-Rahman ar-Rahim
Berfikiran positif adalah percaya kepada Allah dengan sepenuh keyakinan tanpa keraguan sedikit pun.
Tetapi, tidak mungkin saya ragu...Saya percaya kepada Allah sepenuh hati dan saya yakin Allahlah yang mencipta segala makhluk yang ada...
Pernah kita berkata begini
"Kalau aku tidak dapat berkahwin dengan sipolan itu, semuanya kerana kau"
"kenapakah aku tidak berpeluang mendapat bantuan sedangkan keputusan aku lebih baik dari orang lain"...
"Aku sudah berusaha, kenapakah aku gagal sedangkan mereka itu belajar kurang
daripada aku tetapi mereka lulus"
"Aku tidak suka tempat ini, orang di sini tidak berdisiplin, pengotor, pemalas..."
Ini adalah beberapa contoh manifestasi keraguan kepada Allah. Tahap kepercayaan kepada Allah yang rendah sehingga kita sanggup menyoal perancangan yang telah Allah aturkan dalam hidup kita. Siapalah kita untuk menyoal Kebijaksanaan Allah yang Maha Mengetahui.
Apakah makhluk itu berkuasa menahan atau menghalang keputusan Allah...Wahai, alangkah! dia ragu-ragu dengan perjalanan hidupnya yang diatur oleh Allah.
Orang yang berfikiran positif melihat setiap dugaan dalam hidupnya sebagai latihan dari Allah untuk menyediakan dirinya menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Pernahkan kita bertanya kenapa kita sentiasa diberi ujian yang sama? Jawapannya adalah kerana kita masih gagal dalam ujian itu. Oleh itu Allah memberikan kita peluang untuk mengambil repeat exam. Apabila kita lulus, Allah akan berikan kita ujian yang lain.
Orang yang berfikiran positif sentiasa memerhati akan hikmah ke atas apa yang berlaku ke atas dirinya. Bertanya kepada diri, mesej apakah yang hendak Allah sampaikan kepadaku? Dalam mencari jawapan kepada pertanyaan ini, kita akan berjumpa dengan berbagai hikmah kenapa sesuatu perkara itu berlaku kepada kita. Bukankah Allah telah mengatakan bahawa semua benda diciptakan tidak dengan sia-sia. Jika semua ciptaan Allah ada sebabnya, termasuk sehelai daun yang jatuh ke bumi itu ada sebabnya, apatah lagi setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup kita ada sebabnya. Jika kita percaya kepada firman Allah dalam surah ali-Imran itu, maka kita akan redha dengan segala apa yang ALlah telah rancangkan dalam hidup kita.
Allahu a'lam
No comments:
Post a Comment