ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻠﺭﻤﻥﺍﻠﺭﺤﻴﻡ
Minggu yang berakhir hari ini sangat memenatkan. Sekembalinya dari Kelate, ummi diberi tugas untuk membuat multimedia presentation pada National Seminar on Islamic Educational thought in The Malay World: Reclaiming the Conversation. Dan ummi juga ditugaskan untuk mengajar philosophical and historical foundation of Islamic education kepada guru-guru MRSM, KM, IKM dan IPM selama 4 minggu.
Organizing a seminar is a stressful work especially if a minister was invited to launch a book. We have to follow so many protocols...so tedious.
(program book ini di rekabentuk oleh pelajar dari Kulliyyah of Education)
Selain daripada membuat multimedia presentation, ummi juga diberi tugas untuk menguruskan semua paper presenters. Dan ummi juga adalah salah seorang speakers pada seminar tersebut kerana ummi juga telah menulis satu chapter dalam buku yang dilancarkan. Dalam kesibukan membuat persediaan mengajar (ini adalah tugas utama ummi kerana gaji ummi adalah untuk mengajar), ummi hanya dapat prepare powerpoint at the last minute...teruknya tulisan ummi...bahasa rojak...mungkin sebab terikut-ikut dengan bahasa yang terpaksa ummi gunakan untuk mengajar guru-guru MRSM sebab mereka tidak fasih berbahasa Inggeris (Kebanyakan mereka adalah ustaz dan ustazah yang berkelulusan dari Timur Tengah). Tetapi, Alhamdulillah ummi dapat menyampaikan kertas kerja ummi dengan baik.
Alhamdulillah seminar berakhir dengan jayanya dan Menteri Pengajian Tinggi telah melancarkan buku Reclaiming the Conversation. Ayah ummi sangat bangga kerana tulisan ummi telah diterbitkan dalam dua buah buku setakat ini...Walaupun bilangannya kecil tetapi ia satu permulaan usaha ummi.
No comments:
Post a Comment