Thursday, November 4, 2010

Persaudaraan Islam


ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻠﺭﻤﻥﺍﻠﺭﺤﻴﻡ

Ummi diperkenalkan kepada Shah oleh anak ummi, CP, dalam bulan March 2010 tanpa pengetahuan Shah. CP begitu mengambil berat mengenai kawan-kawannya yang perlukan pertolongan. Keperihatinan CP kepada kawan memikat hati ummi. CP memohon supaya ummi untuk membantu kawannya, Shah. Entah mengapa, atau ummi sememangnya begini...kinda sensitive...hehe..., hati ummi begitu sayu apabila mendengar kisah Shah yang diceritakan kepada ummi. Jadi ummi berjanji dengan CP untuk membantu Shah semampu ummi.

Sehingga ke hari ini, ummi telah menganggap Shah sebahagian daripada keluarga ummi. Kehadiran Shah mengembirakan ummi semenjak anak ummi Abdullah pulang ke Laos dan tidak menghubungi ummi lagi...ummi tahu ummi sentiasa dalam doa Abdullah tetapi kesibukannya mengejar cita-cita untuk belajar bahasa Arab menghalangnya dari menghubungi ummi...kadang-kadang rindu datang tiba-tiba...tetapi ummi amat bahagia kerana Abdullah menjadi seorang Muslim yang kuat berpegang teguh kepada Islam yang baru ditemuinya.

Shah menjadi pengganti yang dikirim Allah untuk ummi menshukuri nikmat yang diberikan kepada ummi dan keluarga...Ya Allah sesungguhnya kesenangan itu banyak membuat orang lupa...dan ummi sangat-sangat bershukur kerana Allah masih memberi ummi peluang untuk mengenal antara realiti dan appearance, inshaAllah...dan semoga Allah mengekalkan hati dan iman ummi dalam keadaan ini, amin. Terima kasih Shah kerana sudi menerima ummi. Semoga perkenalan kita mendekatkan kita kepada Allah dan mendapat keredhaanNYA jua. Janganlah bersedih lagi wahai anakku...Allah sentiasa di sisimu.

Can't go on cuz it is raining and it pours on my laptop...rumah ummi bocor...Ya Allah ampunilah kami dan berkatilah kami.

No comments:

Post a Comment