Thursday, October 28, 2010

Betulkah orang kahwin muda itu kerana nafsu?

ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻠﺭﻤﻥﺍﻠﺭﺤﻴﻡ

Masa lapang ummi diisi dengan menziarahi blog anak-anak ummi dan kenalan mereka. Anak-anak muda ini kadang-kadang bila bercakap tidak berhati-hati dan tanpa common sense atau kurang berfikir. Ummi begitu terkilan dengan statement atau claim yang dibuat oleh salah seorang kawan kepada kawan anak ummi. Pernyataannya berbunyi berikut:

"awak, dalam umur2 kita yg macam ni, berbicara tentang 'kawen' sebenarnya semata2 atas dasar NAFSU dan bukan dgn niat n dasar utk melengkapkan separuh dr tuntutan agama kita !"

Kenapa ummi terkilan? Apa yang tak kena dengan statement di atas? Anak yang membuat kenyataan tersebut telah membuat "sweeping statement" atau "over generalization". Mari kita analisa kenyataan tersebut sebelum ummi cerita kenapa ummi terkilan.

1. perkataan 'SEBENARNYA' sangat bahaya di sini kerana ia conveys (apa perkataan BM yang sesuai?) bahawa kenyataan ini adalah benar belaka tanpa ada keraguan sedikit pun. Kenapa pernyataan ini jadi salah?...kerana tiada bukti kukuh atau dalil yang disertakan untuk membenarkannya.

2. membuat over generalization. Ini bermakna dia telah, tanpa sedar atau tidak, menuduh bahawa orang yang berbicara tentang perkahwinan pada usia yang muda semuanya adalah kerana nafsu semata-mata. Anak ini hanya boleh bercakap untuk dirinya seorang sahaja kecualilah dia telah membuat satu kajian keatas semua orang yang berkahwin muda dan semua orang yang berbicara tentang kahwin diusia muda; dan dia 95% confidence that dia tak membuat kesilapan dalam generalization yang telah dibuatnya.

3. apabila kita membuka mulut kita untuk berbicara, maka kita telah mendedahkan kepada umum tahap pemikiran dan pandangan alam (world view) kita. Kita memahami sesuatu perkara berdasarkan konsep-konsep yang wujud di dalam pemikiran kita...kalau dalam minda kita kurang konsep atau kurang Ilmu, maka kita akan membuat rumusan yang kurang tepat dan kurang dalam. Ummi tidak mahu mengulas panjang kerana orang yang bijaksana akan dapat memahami maksud ummi.

KENAPA UMMI TERKILAN?

Ummi dan beratus-ratus kawan ummi yang sangat bertuah kerana dapat menjadi audience kepada talks by Fathi Yakan, Mustafa Mashur, Zainab al-Ghazali, Tareq Suedan, dan lain-lain pemimpin ikhwan di dalam buangan telah berbicara tentang perkahwinan ketika usia 18-20 tahun. Mengikut anak yang membuat pernyataan di atas, kami berbicara atas dasar nafsu...BENARKAH? Jawapannya TIDAK...sebelum kami sampai ke negara orang kami telah melalui satu proses brain washing dan ummi dan kawan-kawan berjanji tidak akan kahwin semasa belajar. Tetapi setelah mengenal Islam dan belajar dalam mengenai keluarga Islam dan berbicara mengenai perkahwinan dalam study circle, kami mengambil keputusan untuk berkahwin dalam usia muda kerana untuk melengkapkan agama kami dan untuk keselamatan kami berada di bumi asing tanpa mahram...Ada kawan ummi dapat jodoh 6 bulan selepas menjijak kaki di bumi asing, ada yang berkahwin ketika berusia 19 tahun...DAN TIADA PERNAH KAMI KAITKAN KAHWIN DENGAN NAFSU...ini bukan sweeping generalization kerana kami bincang dalam usrah.

Ummi terkilan kerana ummi di tuduh berbicara tentang perkahwinan atas dasar nafsu kerana ummi berbicara ketika usia muda dan ummi bernikah ketika usia muda.

Anak yang membuat kenyataan di atas mesti memohon maaf kepada orang yang berbicara tentang perkahwinan di usia muda tetapi tidak pernah kaitkan dengan nafsu.

ANAK-ANAK, BERHATI-HATILAH KETIKA BERBICARA KERANA HASIL TUAIAN LIDAHLAH YANG MEMBAWA KITA KE NERAKA (MAKSUD HADITH)

wa Allahu a'lam

No comments:

Post a Comment