Thursday, October 21, 2010

Betulkah Cinta Selepas Kahwin Menjamin Keluarga Bahagia?

ﺒﺴﻡﺍﻠﻠﻪﺍﻠﺭﻤﻥﺍﻠﺭﺤﻴﻡ

Kisah 1

Suami: Mah tahu abang pergi mana tadi?
Isteri: Tak tahu
Suami: Abang pergi dating dengan girlfriend abang kat...lepas makan kat restoran lima bintang, kami pergi menonton wayang...

Tersirap darah isteri mendengar pengakuan suaminya setiap kali suaminya keluar dating dengan teman wanitanya. Airmata isteri sudah kering dan sangsara hatinya telah memakan usianya. Suaminya adalah bekas pemimpin gerakan Islam di kampus.

Kisah 2

Isteri: Jangan tinggalkan kami bang...kesianlah kat 6 orang anak kita ni...saya kan tidak bekerja. Bagaimana saya nak menyara anak-anak kita ni bang.

Sang isteri merayu kepada suaminya sambil memeluk lutut suami. Tanpa mempedulikan anak-anak yang menangis melihat drama pergaduhan ibu dan ayah mereka, sang suami menendang isterinya dan terus keluar dari rumah bersama kekasih barunya. Suami ini adalah bekas pemimpin gerakan Islam kampus.

Kisah 3

Kawan A: Kenapa kau kat sini? mana suamimu
Kawan B: Satu hari aku bawa anak aku dan lari meninggalkan suami aku.
Kawan A: Kenapa????
Kawan B: Nama saja pemimpin Jamaah persaudaraan Islam terkemuka dunia tetapi perangainya Tuhan saja yang tahu...suami aku suka perempuan...

3 dari beratus-ratus kisah benar yang berlaku kepada kawan dan kenalan. Ummi hanya beri 3 contoh yang berlaku kepada kenalan ummi saja...ada banyak lagi sebenarnya perkahwinan yang berakhir dengan kegagalan. Ketiga-tiga kenalan ummi ini bercinta selepas berkahwin dan berkahwin melalui khidmat baitul Muslim ketika di kampus. Sepanjang mereka di kampus, hidup mereka bahagia...masalah bermula apabila mereka pulang ke Malaysia dan berdepan dengan realiti hidup di Malaysia yang tidak idealistik seperti kehidupan di kampus.

Kenapa ummi menceritakan semua ini? Sebab ummi rimas dengan 'statements' dan 'claims' dari anak-anak muda sekarang yang mengatakan cinta selepas berkahwin menjamin keluarga bahagia...satu pernyataan yang simplistik yang datang dari anak muda yang tidak ada pengalaman hidup berumahtangga. Betapa anak-anak ini akan kecewa apabila satu hari nanti mereka sedar bahawa cinta selepas kahwin bukanlah tiket dan jaminan keluarga bahagia.

Ini bukan bermakna ummi sokong 'coupling'. Yang haram tetap haram...ada perbezaan antara cinta, coupling dan zina.

bersambung....

1 comment:

  1. assalamualaikum ummi mazwati..
    urm,saya pun turut bersetuju sbenarnya dgn cinta slps kahwin to avoid coupling..tp bila berfikir kembali stlah ada akhwat yg menyangkalnya n apabila mbaca post dari seorg ibu about dis issue..so,mcm mana ya ummi?syukran

    ReplyDelete