In the name of thy Lord The Most Beneficent and The Most Merciful
Walaupun perkenalan kita hanya seketika saja, namun hati seorang Ummi resah membaca status YMmu yang membayangkan keresahan jiwamu (indeed those who lie will not be saved from Allah's wrath).
Tidak dapat Ummi bayangkan kekacauan jiwamu mengenangkan peristiwa yang telah berlaku kerana tidak ada orang yang dapat memahaminya secara tepat kecuali mereka telah mengalaminya sendiri. Tetapi ingatlah wahai anak bahawa segala yang berlaku dalam hidup kita bukan suatu kebetulan yang tidak dirancang...segala-gala yang berlaku adalah rancangan Allah dan tiada lah yang lebih baik dari perancangan Allah. Mungkin kita melihat itu sebagai suatu yang payah untuk diterima kerana kenapa Allah merancang sesuatu yang menyakitkan untuk hambanya...
Dari perspektifmu wahai anak, peristiwa itu adalah latihan atau pendidikan secara langsung dari TUHANMU...supaya jiwamu terbiasa dengan rintangan-rintangan yang akan membina "spiritual muscle" untukmu menghadapi hari depan yang lebih mencabar. Percayalah anak bahawa orang yang tidak pernah berlatih untuk lari dalam marathon hanya akan mampu untuk berlari beberapa meter sahaja (adakah anak faham maksud Ummi?) Sekiranya jiwamu tidak terlatih dengan keperitan, kau akan cepat mengalah dalam kehidupan menuju rahmat TUHAN...
Dari perspektif orang yang menerima ujian, muhasabah diri perlu dilakukan untuk memahami perjalanan yang mungkin tersesat dan tersilap yang menyebabkan satu "wake-up call" diberi oleh Maha Penyayang. Orang sakit yang tidak pernah megalami symptoms penyakitnya tidak akan merawat penyakitnya sehingga ajal menjemputnya secara tiba-tiba. Segala kesakitan jiwa adalah symptoms untuk kita mencari penyebab penyakit sebenar...kerana Cinta Allah yang Agung, kita diberi kesakitan supaya kita menyelidiki penyakit ruhani yang mungkin sudah melarat yang perlu diubat supaya terhapus segala dosa dan noda...
Ummi tidak bermaksud menunjuk pandai, Ummi cuma resah melihat keresahanmu...Ummi hanya ingin membantu meringankan bebananmu, wahai anak...Tidak ada apa yang Ummi harapkan cuma kejayaanmu mencapai cita-cita dan yang penting sekali kejayaanmu mendapat MardhatiLlah...
Percayalah kepada Allah...Segala-galanya untuk kebaikan...Berbaik-sangkalah dengan ALlah wahai anak...
Doa Ummi semoga kamu bahagia dunia dan akhirat...
No comments:
Post a Comment