Bi ism Allah ar-Rahman ar-Rahim
Sebuah Kisah Benar
Dulu Ummi belajar di sebuah sekolah berasrama di daerah Kuala Terengganu Utara. Sudah menjadi lumrah pelajar sekolah nakal dan ada yang suka membuat lawak. Pada satu masa ketika penggal persekolahan sudah hampir tamat, seorang kenalan Ummi menghantar telegram (dulu masih ramai yang tidak ada kemudahan telefon; alat komunikasi yang paling cepat ketika itu adalah telegram) kepada ibu bapa beliau mengatakan bahawa beliau terlibat dalam kemalangan.
Ibu bapa kenalan Ummi terkejut apabila menerima telegram dari anaknya. Mereka dengan tergesa-gesa bersiap dan berangkat ke sekolah untuk menziarahi anak mereka yang dikatakan terlibat dalam kemalangan. Di dalam perjalanan ke sekolah, kereta yang dipandu bapa kenalan Ummi terlibat dalam kemalangan dan kedua-dua ibu dan bapanya meninggal dunia.
Kenalan Ummi sangat menyesal dengan perbuatannya dan telah berada dalam trauma. Dia menyalahkan dirinya sendiri diatas kematian ibubapanya. Dia merasa yang dia telah membunuh ibubapanya sendiri.
Wahai anak
Fahamilah perasaan ibubapa yang sangat menyayangi anak-anak. Ibubapa akan sanggup menggadai nyawa demi kebahagiaan anak-anak. Sudah diciptakan Allah bahawa ibu mempunyi naluri kasih sayang yang tinggi. Ibu ayah akan sentiasa bimbang dan risau dengan kesselamatan anak-anak. Jadi, janganlah membuat ibu ayah bimbang. Kasihanilah ibu dan ayah dan hormatilah mereka dengan memperlakukan mereka dengan baik.
No comments:
Post a Comment