Thursday, April 21, 2011

Gundah SiTua

Bi ism Allah ar-Rahman ar-Rahim

Ketika kita melangkah ke panggung wayang
Membantu mengukuh kewangan penyokong musuh Allah
Menyokong industri yang lebih condong
Ke arah hedonism
Pernahkah kita bertanya
Allah sukakah aku berada di sini?

Ketika kita leka menyaksikan tayangan
yang diselit lenggang lenggok badan terdedah
yang mengasyikkan
Pernahkah kita bertanya
Allah redhakah dengan perbuatanku ini?

Kita kita menahan telinga
mendengar rentak bingit yang melalaikan
dari mengingatiNYA
Pernahkah kita bertanya
Adakah Allah izinkan aku melakukannya?

Ketika kita megatur prioriti kehidupan
tidak mengikut ajaran termaktub di dalam KitabNYA
"ketaatan itu kepada Allah, Rasul, Ibu, Ibu, Ibu, Bapa, dan seterusnya"
Pernahkah kita bertanya
Allah redhakah dengan aku ketika ini?

Duhai

Tidakkah dikau pernah menyelami kejutan hati situa itu
yang tidak menjejaki kaki ke panggung hedonism
yang menunduk pandangan dari liuk lintuk lambaian tubuh menawan
yang halua telinganya hanyalah pujian-pujian
kepada Tuhan dan luahan fitrah kemanusiaan
yang cuba meletakkan yang utama pada tempatnya
resah jiwanya ketakutan

Wahai

Gundah hati situa itu
melepas amanah kepada dia
yang tidak bertanya kepadaNYA
Adakah dia mampu menggigit pegangan
yang diterap sedari kecil
Atau dia ikut sama dibawa arus budaya baru
demi kerana sebuah CINTA insani

Moga cintamu kepada Allah dan Rasul
Mengatasi cinta kepada dia
yang masih belum mampu bertanya
Redha PEMILIKmu sebelum berbuat sesuatu

Hanya doa dipanjatkan kepada PEMILIK alam
Untuk dia yang memegang amanah siibu tua
Supaya sedar hidup ini hanyalah untukMU
Setiap langkah perbuatan ditanya redhaMU




O ALLAH THE ALL KNOWING, GRANT UNDERSTANDING IN RELIGION AND WISDOM TO MY CHILDREN SAIF, NUS, QARAFI, RUMAISA, IZZAH AND IZAD AND BESTOW UPON THEM HAPPINESS AND SUCCESS IN THIS EPHEMERAL WORLD AND IN THE NEXT ETERNAL WORLD. O ALLAH, THE MERCIFUL THE MOST BEAUTIFUL, MAKE PERFECT THEIR MORAL CHARACTER AS YOU HAVE PERFECTED THEIR PHYSICAL APPEARANCES...AMIN YA RABB AL-'ALAMIN

No comments:

Post a Comment