Saturday, April 23, 2011

Ibrah dari Pengalaman

Bi ism Allah ar-Rahman ar-Rahim

Imam al-Ghazali dan juga Ibn Miskawayh mengatakan bahawa moral character seseorang terbentuk melalui kaedah habituation. Moral character di definisikan sebagai perbuatan secara otomatis yang tidak memerlukan minda untuk memikirkannya. Ini adalah kerana orang itu telah terbiasa melakukannya sehingga menjadi sebahagian dari dirinya.

Jadi kita kena berhati-hati dalam memilih cara untuk melakukan sesuatu termasuk cara berkomunikasi dengan orang lain. Cara menggunakan bahasa yang tidak sesuai mencerminkan personality dan moral character seseorang. Cuba kita bandingkan cara komunikasi oleh tiga orang daie untuk menasihati mad'u yang difikirkannya telah melakukan kesalahan. Dari kisah benar.

Daie 1: disebabkan saya tidak mahu kamu masuk nerakalah, saya perlu menasihati kamu dari melakukan perbuatan ini. Saya sayangkan kamu. Saya tidak mahu kamu menjadi penghuni neraka.

Daie 2: perbuatan kamu itu menyalahi hukum dan berdosa; bersegeralah bertaubat.

Daie 3: Allah itu Maha Pengampun dan amat sayangkan hambanya. Kamu masih ada masa untuk kembali ke jalan yang benar. Kalau kamu mahu ikut saya, saya akan tunjukan caranya. Ramai orang yang seperti kamu yang telah berjaya. saya akan kenalkan kamu kepada mereka. saya pasti kamu mesti sukakan mereka

Analisa

Daie 1: moral character-tidak ada sifat empati, kasar, merasa diri lebih mulia (holier than thou attitude), yakin orang itu masuk neraka sedangkan Allah saja yang tahu siapa ke neraka dan ke syurga, tidak ada perasaan belas kasihan, pemarah, negative

Daie 2: rigid (timid), tidak kreatif, tidak tahu membantu,

Daie 3: caring, positive, bersangka baik dengan Allah, kreatif, ada sifat empati, lembut tapi tegas, pandai komunikasi interpersonal, penyabar

***********

Semasa kecil dulu, ibu Ummi selalu berpesan, kalau kita tidak mahu berkongsi apa yang kita miliki dengan kawan atau jiran, kita jangan tunjukkan kepada mereka. Kalau mereka tahu kita ada, maka kita wajib memberikan sedikit untuk mereka.

Ummi tidak tahu bahawa ada Hadith yang menceritakan hal ini sehinggalah Ummi dewasa dan mula membaca dan menyimpan koleksi buku-buku hadith Bukhari dan Muslim.

Cuba renungi peristiwa ini.

Gee menerima pemberian dari ayahnya. Setelah masa berlalu dia diam saja tanpa memberi maklumbalas kepada ayahnya. Ayahnya bimbang kalau Gee tidak suka pemberian itu kerana dari pengalaman lepas-lepas, kalau dia tidak suka, dia akan senyap saja. Ayahnya juga cuba untuk mendidik Gee supaya jangan lupa berterima kasih kalau mendapat pemberian dari sesiapa saja kerana ini adalah adab-adab yang diajar oleh Rasulullah (pbuh). Lalu ayahnya menghantar surat mengingatkan dia...

Gee memang telah merancang untuk membalas pemberian ayahnya tetapi belum disediakan lagi. Apabila menerima surat dari ayahnya, dia berkata

1. saya minta maaf kerana lambat balas. saya memang nak balas pemberian ayah dengan baju yang elok itu, tetapi saya belum berkesempatan lagi. Disebabkan ayah dah minta, maka ambil sajalah yang ini. Terima kasih ayah. Saya menghargai pemberian ayah.

2. saya minta maaf kerana terlewat. Saya ada sediakan sesuatu untuk ayah. Terima kasih ayah. Saya menghargai pemberian ayah.

3. saya minta maaf kerana terlewat. saya merancang untuk memberikan ayah baju itu tetapi belum siap lagi. Ayah ambil saja baju yang ini dulu. Bila baju yang itu sudah siap, saya akan berikan utk ayah. Terima kasih ayah. Saya menghargai pemberian ayah.

Cuba renungkan akhlak Gee dari setiap response diatas.
yang mana perbuatan biasa-biasa, perbuatan luar biasa dan perbuatan yang tidak patut dilakukan.

perbuatan biasa-biasa; membalas kebaikan dengan kebaikan
perbuatan luar biasa; membalas kejahatan dengan kebiakan...membalas kebaikan dengan menggandakan kebaikan

Pengajaran: Jika kita tidak mahu memberikan yang lebih baik, jangan beritahu bahawa kita ada yang lebih baik kerana ini bercanggah dengan akhlak Islam...kerana ini juga menggambarkan akhlak kita dan juga kita menyakiti hati orang lain kerana dihukum disebabkan ingat-mengingati untuk melakukan kebaikan.

WA ALLAHU A'LAM

No comments:

Post a Comment