Bi ismi Allah ar-Rahman ar-Rahim
Perkara yang membahagiakan bagi seorang guru adalah apabila "she can make a difference in her students' thinking and life". Ummi mengajar cara menggunakan thinking tool, concept fan,untuk mneyelesaikan masalah secara kreatif dan effective. Ummi telah meminta mereka menyelesaikan masalah secularization dan secularism yang sedang melanda ummat Islam.
Ummi terkejut apabila ummi membaca beberapa blog pelajar ummi yang mengulas mengenai issue ini. Ini bermakna persoalan ini menyentuh hati mereka yang menyebabkan mereka ingin tahu lebih lanjut dan mula mengoogle mengenai secularism dan menulis komen di dalam blog mereka.
Yang lebih mengujakan ummi apabila seorang pelajar yang aktif terlibat dalam menyelesaikan masalah yang ummi berikan dengan mengaplikasikan alat fikir yang ummi perkenalkan. Setelah mereka selesai membuat latihan 'problem solving' ummi menegur seorang pelajar yang tidak menulis nama di atas kertas jawapan kumpulannya. Dia tersenyum dan memberitahu bahawa dia cuma datang ke kelas ummi untuk belajar cara berfikir dan suka cara ummi mengajar dan berinteraksi dengan pelajar. Ya Allah, ada juga pelajar yang sebijik macam ummi... ummi kerap juga minta izin pensyarah untuk masuk kelas mereka hanya untuk belajar. Ummi sungguh gembira kerana ada pelajar Islam yang meminati ilmu dan sanggup datang kelas yang bermula awal pagi for the sake of learning.
Pagi-pagi esok ummi akan berhadapan dengan 70 orang guru-guru sekolah rendah yang sedang melanjutkan pelajaran dalam Sarjana muda pendidikan selama 5 jam. Ya Allah, gives me strength and creativity to tackle experienced teachers who know practical side of teacher but a bit (or a lot!) blurry on theoretical side. Ummi harap ummi berjaya untuk memprovoke seramai mungkin guru-guru untuk menyedari bahawa tiada pemisahan antara teori dan praktik...dan mula untuk mempersoalkan tujuan kejadian supaya tujuan dan metode pendidikan selari dengan fitrah kejadian.
No comments:
Post a Comment