Thursday, June 16, 2011

Kita Bagaimana?

Bi ismi Allah ar-Rahman ar-Rahim

Ummi belajar dari bonda Ummi bahawa memberi itu lebih menenangkan jiwa dari menerima. Malam tadi Ummi menghubungi MQ untuk bertanya khabar...Kesibukan dengan tanggungjawab di depan mata kadang-kadang membuatkan kita lupa dengan tanggungjawab kita kepada yang lain. Senang hati Ummi mendengar suara manja MQ...maaf MQ tapi anda sememangnya manja...hehe

Semalam Ummi menerima kunjungan dari MS...Beliau datang melepaskan rindunya kepada IIUM dan juga kepada Ummi...ada jugaklah orang rindu kat Ummi...bahagia rasanya... :D hehe...

Hari ini MS datang lagi...Ummi membawa MS menziarahi Pengerusi PTS di pejabat
beliau di Batu Caves. Tujuan Ummi ke sana adalah untuk berjumpa dengan seorang ustaz dari Kemboja yang datang menemui Pengerusi PTS...Ummi ingin mendengar sendiri keadaan ummat Islam di Kemboja...

Ya Allah...dari penerangan ustaz Hasan, Ummi mendapat maklumat bahawa kanak-kanak Kemboja hanya berbuka puasa dengan segelas air sejuk...sekiranya ada biskut, mereka makan beberapa keping biskut yang dikongsi dengan ahli keluarga yang lain... sekiranya ada gula dan perasa sirap, mereka akan minum air sirap yang dibubuh sedikit gula...ada orang tua di antara mereka yang tidak pernah minum susu disepanjang hidup mereka...

Kemiskinan mereka memang tidak dapat digambarkan kerana kita tidak pernah melihat atau mengalami keadaan hidup yang sebegitu...Ustaz itu meneruskan dengan ceritanya...bahawa di bulan Ramadhan dia akan membeli bertin-tin biskut untuk orang-orang kampung berbuka puasa... bapa yang berbuka di masjid akan makan sekeping biskut dan simpan beberapa keping lagi di dalam poket mereka untuk anak-anak di rumah yang ketiadaan makanan untuk berbuka...Mata Ummi mula memerah... dan Ummi lihat airmata Pengerusi PTS bergenang...

Ummi bertanya...mereka tidak berbuka dengan kurma kah? Ustaz itu berkata bahawa kurma adalah makanan mewah dan oran-orang kampung tidak pernah merasa kurma dalam hidup mereka...Ya Allah....bayangkan...dan kita membuang kurma yang tidak habis dimakan begitu sahaja...Ummi terfikir kurma ajwa di bilik Ummi yang Ummi beli beberapa bulan yang lepas..sudah berulat kerana Ummi selalu lupa untuk makan kurma tersebut...dan kurma ajwa itu berharga RM65.00 untuk setengah kg.

Untuk bulan Ramadhan tahun ini, Ustaz Hasan bercadang untuk menjamu orang kampung dengan bubur nasi untuk berbuka...Ummi hairan kenapa bubur nasi...Ustaz itu menjelaskan supaya semua kanak-kanak kampung dapat makan...sekiranya mereka masak nasi, mereka memerlukan banyak beras. Ya Allah...bayangkan semalam di dalam surat khabar ada iklan berbuka puasa di restoran lima bintang dengan harga RM108.00 sekepala... dan kanak-kanak di Kemboja hanya makan bubur nasi tanpa lauk...hanya bubur kosong yang ditambah garam...Ummi bertanya tentang ikan masin...kata ustaz tersebut, mereka tidak mampu beli ikan masin kerana harganya mahal...

Dalam hati Ummi bertanya...sampai bilakah mereka ini harus bergantung kepada derma dari Malaysia? Mereka perlu diajar kemahiran...give a person a fish, we feed him a day, teach a person how to fish, we feed him a life time...SOmething has to done... Ummi's mind starts cracking....

3 comments:

  1. Kalau Indra ada masa lapang...kalau dah penat belajar tu...sambil dok rehat-rehat, boleh tak buat brainstorming session utk fikirkan cara mana paling berkesan membantu mereka ini :)

    ReplyDelete
  2. Kesiannya... nak makan biskut pun susah ya.
    Maybe Ummi boleh rancang satu program di Kemboja? jangan lupa ajak saya sekali, hehe ;)

    ReplyDelete