Friday, June 10, 2011

Berguru dengan Pengalaman

Bi ismi Allah ar-Rahman ar-Rahim


Hampir setengah abad Ummi mengharungi perjalanan menuju ke destinasi haqiqi. Banyak pengalaman yang Ummi tempuhi yang mengajar Ummi erti sebuah perjalanan. Ketika Ummi masih baru memulakan langkah, Ummi adalah orang yang sangat mempercayai orang lain... apalagi sekiranya orang tersebut adalah orang yang berpakaian sopan, lengkap menutup bukan saja yang wajib malah lebih dari itu, orang terlibat dalam perjuangan menegakkan agama Allah di bumi ini, yang ditarbiyyah mengikut modul-modul yang tersusun... Ummi amat-amat mempercayai mereka ini dan Ummi sudi mempertaruhkan nyawa Ummi ditangan mereka...

Tetapi pengalaman mengajar Ummi bahawa kita tidak boleh menilai orang dengan pakaian yang mereka pakai, tarbiyyah yang mereka lalui, perjuangan yang mereka sertai.... Ummi tidak tahu dimana silapnya, tetapi sejarah hidup Ummi menemukan Ummi dengan orang-orang yang sebegini tetapi buruk akhlaknya, suka mengumpat, menonton filem-filem yang memaparkan aurat dan menari-nari dengan aksi lucah, memfitnah, mencuri wang dari tempat mereka bekerja, tidak amanah dalam bekerja, berzina (ini bukan tuduhan semata-mata...tetapi yang benar-benar berlaku), keluar malam dengan teman lelaki berdua-duaan sehingga larut malam...after midnight, berfikiran sekular dan macam-macam lagi sehingga Ummi jadi serik dengan orang-orang yang berkelulusan Shari'ah atau mana-mana bidang agama dari universiti-universiti timur tengah dan ada juga dari universiti dalam negara...

Ummi jadi takut bila anak-anak terlalu trusting kepada mereka ini...

Ini bukan bermakna Ummi memandang rendah kepada orang yang berkelulusan timur tengah atau berpakaian menutup aurat sehingga keseluruhan badan...tidak sama sekali, tetapi Ummi tidak memandang tinggi kepada mereka ini, bagi Ummi mereka adalah sama dengan anak-anak lain yang bertudung cukup melepasi dada...mereka adalah manusia biasa yang tidak sepi dari dosa-dosa...

Apa yang Ummi pandang adalah akhlak mereka, sifat amanah kepada harta yang dititipkan kepada mereka, amanah kepada perjuangan mereka, menjaga pergaulan mereka dan cuba sedaya upaya mengamalkan ajaran Islam dan berfikiran Islamik...Buat yang wajib dahulu...ini bermakna mereka tahu meletakkan keutamaan...

Berakhlak baik itu wajib, amanah itu wajib, mejaga maruah diri dan keluarga itu wajib, menjaga pergaulan dan percakapan itu wajib...sedangkan bertudung labuh hingga ke lutut:D itu ada perbezaan perdapat di kalangan ulama'... Orang yang berpakaian begini dan berakhlak buruk, derhaka, mencuri, dan tidak menjaga diri adalah orang yang tidak tahu meletakkan prioriti...

Apa yang hendak Ummi sampaikan adalah...berhati-hati dan jangan terlalu mempercayai seseorang hanya kerana pakaian yang mereka pakai...manusia apabila keluar saja dari rumah, selalunya mereka memakai pesona...

YA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI PERKARA YANG JELAS DAN TERSEMBUNYI, JAUHILAH KAMI DAN ANAK-ANAK KAMI, SAIF, NUS, QARAFI, RUMAISA, IZZAH, IZAD, ASIF DAN ANAK-ANAK SECTION 1 ISLAMIC WORLDVIEW DAN CREATIVE THINKING DAN SEMUA ANAK-ANAK MUSLIM FI KULLI MAKAN DARI AKHLAK BURUK DAN DARI GODAAN SYAITAN TERKUTUK...AMIN YA RABB

No comments:

Post a Comment