Thursday, June 16, 2011

Kita Bagaimana?

Bi ismi Allah ar-Rahman ar-Rahim

Ummi belajar dari bonda Ummi bahawa memberi itu lebih menenangkan jiwa dari menerima. Malam tadi Ummi menghubungi MQ untuk bertanya khabar...Kesibukan dengan tanggungjawab di depan mata kadang-kadang membuatkan kita lupa dengan tanggungjawab kita kepada yang lain. Senang hati Ummi mendengar suara manja MQ...maaf MQ tapi anda sememangnya manja...hehe

Semalam Ummi menerima kunjungan dari MS...Beliau datang melepaskan rindunya kepada IIUM dan juga kepada Ummi...ada jugaklah orang rindu kat Ummi...bahagia rasanya... :D hehe...

Hari ini MS datang lagi...Ummi membawa MS menziarahi Pengerusi PTS di pejabat
beliau di Batu Caves. Tujuan Ummi ke sana adalah untuk berjumpa dengan seorang ustaz dari Kemboja yang datang menemui Pengerusi PTS...Ummi ingin mendengar sendiri keadaan ummat Islam di Kemboja...

Ya Allah...dari penerangan ustaz Hasan, Ummi mendapat maklumat bahawa kanak-kanak Kemboja hanya berbuka puasa dengan segelas air sejuk...sekiranya ada biskut, mereka makan beberapa keping biskut yang dikongsi dengan ahli keluarga yang lain... sekiranya ada gula dan perasa sirap, mereka akan minum air sirap yang dibubuh sedikit gula...ada orang tua di antara mereka yang tidak pernah minum susu disepanjang hidup mereka...

Kemiskinan mereka memang tidak dapat digambarkan kerana kita tidak pernah melihat atau mengalami keadaan hidup yang sebegitu...Ustaz itu meneruskan dengan ceritanya...bahawa di bulan Ramadhan dia akan membeli bertin-tin biskut untuk orang-orang kampung berbuka puasa... bapa yang berbuka di masjid akan makan sekeping biskut dan simpan beberapa keping lagi di dalam poket mereka untuk anak-anak di rumah yang ketiadaan makanan untuk berbuka...Mata Ummi mula memerah... dan Ummi lihat airmata Pengerusi PTS bergenang...

Ummi bertanya...mereka tidak berbuka dengan kurma kah? Ustaz itu berkata bahawa kurma adalah makanan mewah dan oran-orang kampung tidak pernah merasa kurma dalam hidup mereka...Ya Allah....bayangkan...dan kita membuang kurma yang tidak habis dimakan begitu sahaja...Ummi terfikir kurma ajwa di bilik Ummi yang Ummi beli beberapa bulan yang lepas..sudah berulat kerana Ummi selalu lupa untuk makan kurma tersebut...dan kurma ajwa itu berharga RM65.00 untuk setengah kg.

Untuk bulan Ramadhan tahun ini, Ustaz Hasan bercadang untuk menjamu orang kampung dengan bubur nasi untuk berbuka...Ummi hairan kenapa bubur nasi...Ustaz itu menjelaskan supaya semua kanak-kanak kampung dapat makan...sekiranya mereka masak nasi, mereka memerlukan banyak beras. Ya Allah...bayangkan semalam di dalam surat khabar ada iklan berbuka puasa di restoran lima bintang dengan harga RM108.00 sekepala... dan kanak-kanak di Kemboja hanya makan bubur nasi tanpa lauk...hanya bubur kosong yang ditambah garam...Ummi bertanya tentang ikan masin...kata ustaz tersebut, mereka tidak mampu beli ikan masin kerana harganya mahal...

Dalam hati Ummi bertanya...sampai bilakah mereka ini harus bergantung kepada derma dari Malaysia? Mereka perlu diajar kemahiran...give a person a fish, we feed him a day, teach a person how to fish, we feed him a life time...SOmething has to done... Ummi's mind starts cracking....

Saturday, June 11, 2011

Apple Pan Cake

Bi ismi Allah ar-Rahman Ar-Rahim

Sudah lama Ummi mengidam apple pan cake di Janda Baik. Selepas solat subuh padi tadi Ummi mandi dan bersiap-siap sedia. Setelah Baba pulang dari surau, Ummi mengajak Baba ke Janda Baik...sebab Ummi yang mengajak, jadi Ummi volunteer to drive...


Perjalanan ke Janda Baik mengambil masa lebih kurang 30 minit. Udara di Janda Baik sangat nyaman, sejuk dan angin betiup sepoi sepoi bahasa...Ummi tidak dapat hendak pastikan samada apple pan cake tu yang sedap atau persekitaran yang nyaman dan merehatkan itu yang membuatkan pan cake tu sedap...segar rasa badan menjamu selera sambil menghirup udara dari hutan dan gunung...

Sebelum pulang, Ummi singgah ke kediaman Puan Ainon, pengerusi PTS, untuk bertanya khabar dan juga untuk mengetahui lebih lanjut tentang projek bantuan ke Kemboja yang diusahakannya sekarang ini. Niat untuk singgah sebentar menjadi satu persinggahan mengukuhkan ukhuwwah dan perbincangan mengenai usaha memandai dan memajukan bangsa...Ummi dilamar untuk terlibat dengan usaha terbaru beliau...Ummi rasa bertuah kerana dipercayai untuk sama-sama berusaha mengambil ibrah dari sumber ilmu Islam yang utama untuk diolah menjadi panduan bagi memantapkan psycho-spiritual Ummat Islam...

YA ALLAH, BERKATILAH USAHA PUAN AINON DAN KUMPULAN PENYELIDIKNYA UNTUK MENGEKSTRAK ILMU DARI AL-QUR'AN DAN SUNNAH UNTUK MENJADI PANDUAN BAGI PEMBANGUNAN PSYCHO-SPIRITUAL UMMAT ISLAM DAN SUPAYA KITA DAPAT BERLEPAS DIRI DARI BERGANTUNG KEPADA ILMU DARI UN-ISLAMIC WORLDVIEW

Friday, June 10, 2011

Berguru dengan Pengalaman

Bi ismi Allah ar-Rahman ar-Rahim


Hampir setengah abad Ummi mengharungi perjalanan menuju ke destinasi haqiqi. Banyak pengalaman yang Ummi tempuhi yang mengajar Ummi erti sebuah perjalanan. Ketika Ummi masih baru memulakan langkah, Ummi adalah orang yang sangat mempercayai orang lain... apalagi sekiranya orang tersebut adalah orang yang berpakaian sopan, lengkap menutup bukan saja yang wajib malah lebih dari itu, orang terlibat dalam perjuangan menegakkan agama Allah di bumi ini, yang ditarbiyyah mengikut modul-modul yang tersusun... Ummi amat-amat mempercayai mereka ini dan Ummi sudi mempertaruhkan nyawa Ummi ditangan mereka...

Tetapi pengalaman mengajar Ummi bahawa kita tidak boleh menilai orang dengan pakaian yang mereka pakai, tarbiyyah yang mereka lalui, perjuangan yang mereka sertai.... Ummi tidak tahu dimana silapnya, tetapi sejarah hidup Ummi menemukan Ummi dengan orang-orang yang sebegini tetapi buruk akhlaknya, suka mengumpat, menonton filem-filem yang memaparkan aurat dan menari-nari dengan aksi lucah, memfitnah, mencuri wang dari tempat mereka bekerja, tidak amanah dalam bekerja, berzina (ini bukan tuduhan semata-mata...tetapi yang benar-benar berlaku), keluar malam dengan teman lelaki berdua-duaan sehingga larut malam...after midnight, berfikiran sekular dan macam-macam lagi sehingga Ummi jadi serik dengan orang-orang yang berkelulusan Shari'ah atau mana-mana bidang agama dari universiti-universiti timur tengah dan ada juga dari universiti dalam negara...

Ummi jadi takut bila anak-anak terlalu trusting kepada mereka ini...

Ini bukan bermakna Ummi memandang rendah kepada orang yang berkelulusan timur tengah atau berpakaian menutup aurat sehingga keseluruhan badan...tidak sama sekali, tetapi Ummi tidak memandang tinggi kepada mereka ini, bagi Ummi mereka adalah sama dengan anak-anak lain yang bertudung cukup melepasi dada...mereka adalah manusia biasa yang tidak sepi dari dosa-dosa...

Apa yang Ummi pandang adalah akhlak mereka, sifat amanah kepada harta yang dititipkan kepada mereka, amanah kepada perjuangan mereka, menjaga pergaulan mereka dan cuba sedaya upaya mengamalkan ajaran Islam dan berfikiran Islamik...Buat yang wajib dahulu...ini bermakna mereka tahu meletakkan keutamaan...

Berakhlak baik itu wajib, amanah itu wajib, mejaga maruah diri dan keluarga itu wajib, menjaga pergaulan dan percakapan itu wajib...sedangkan bertudung labuh hingga ke lutut:D itu ada perbezaan perdapat di kalangan ulama'... Orang yang berpakaian begini dan berakhlak buruk, derhaka, mencuri, dan tidak menjaga diri adalah orang yang tidak tahu meletakkan prioriti...

Apa yang hendak Ummi sampaikan adalah...berhati-hati dan jangan terlalu mempercayai seseorang hanya kerana pakaian yang mereka pakai...manusia apabila keluar saja dari rumah, selalunya mereka memakai pesona...

YA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI PERKARA YANG JELAS DAN TERSEMBUNYI, JAUHILAH KAMI DAN ANAK-ANAK KAMI, SAIF, NUS, QARAFI, RUMAISA, IZZAH, IZAD, ASIF DAN ANAK-ANAK SECTION 1 ISLAMIC WORLDVIEW DAN CREATIVE THINKING DAN SEMUA ANAK-ANAK MUSLIM FI KULLI MAKAN DARI AKHLAK BURUK DAN DARI GODAAN SYAITAN TERKUTUK...AMIN YA RABB

Monday, June 6, 2011

Most Embarrassing Moment

Bi ismi Allah ar-Rahman ar-Rahim

Pada hari Jumaat lepas Ummi menerima beberapa orang tetamu dari kampung. Adik Ummi sekeluarga, Ibu dan ayah Ummi turut menumpang adik Ummi dan juga ADUN Jelawat beserta rombongannya. Mereka datang untuk menghadiri perjumpaan tahunan perkumpulan mereka. Ummi tumpang gembira kerana dapat melepaskan rindu kepada ibu Ummi.

Biasanya, pada acara tahunan ini, ramai peniaga mengambil peluang berniaga. Jadi Ummi dan Baba bercadang untuk menjamu mata pada sebelah malam kerana cuaca yang sangat panas waktu siang. Pada malam Ahad lepas, Ummi dan Baba ke markaz untuk meninjau jualan di sana. Kami terpaksa parking jauh dari markaz kerana kesesakan dek pengunjung yang ramai.

Sambil berjalan, Ummi meninjau barang dagangan di gerai-gerai. Ummi singgah di sebuah gerai menjual perfume dan Ummi beli 2 botol kecil musk untuk Ummi hadiahkan kepada ayah Ummi. Selepas itu Baba mengajak Ummi ke gerai di sebelah selatan markaz...seperti biasa Ummi dan Baba berjalan berpimpin tangan. Sesampai di gerai menjual jeruk dari Pulau Pinang, Baba lepaskan tangan Ummi untuk memilih berbagai jeruk yang dijual di gerai tersebut. Baba tertarik untuk beli banyak sebab penjual tersebut kata, hasil jualan adalah untuk pembangunan sebuah pusat tarbiyyah. Ummi yang leka meninjau kedai lain tidak perasan bahawa Baba tiada lagi di sisi Ummi. Lalu Ummi dengan yakinnya memegang dan menggosok-gosok belakang seorang lelaki yang berada di sebelah Ummi yang bukan teman lelaki Ummi. Lelaki tersebut terperanjat dan pusing untuk melihat Ummi. Ummi pun turut terperanjat dan muka Ummi terasa panas kerana tersangatlah maluuuuuuuuuu....Lalu Ummi dengan selamba cakap, sorry silap orang....Ummi segera mencari Baba dan memeluk Baba...Baba kehairanan, lalu Ummi ceritakan apa yang telah berlaku...Baba ketawa ROTFL :D:D:D:D:D...untuk megambil hati Ummi Baba kata, "tu lah, kenapalah orang ni jual jeruk murah-murah sampai Baba lupa kat Ummi"...

That's all folks...:)

Friday, June 3, 2011

Alhamdulillah

Bi ismi Allah ar-Rahman ar-Rahim

Anakku MQ,
Remember I told you before that I was so sad when he doesn't need me anymore and I have asked you to look for another person. You know that I'm not a good person and I'm not a person who can stay up 1/3 of a night or fast twice a week... Allah has given me everything and I was afraid that I will forget the favors from The Most Generous...I don't want to fail this test and I want to improve bit by bit and be at least in the shades of them, Abu Bakr as-Siddq or Abd ar-Rahman bin Auf.

My dear MQ,
I know I should not bother you cuz you are busy with your study...for that, I've been searching for my 'victim'...This sem, I've met one nice student...she visited my blog one day to read class notes and I visited her back...It is like a gift from Allah...Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah....I have found an outstanding individual....Asif...

I've met this person today and I was and still am happy that she is willing, even though at first very reluctantly, to be my 'victim'.

Thank you dear for listening to your dear old Ummi and for understanding (am I not the luckiest person in the whole wide world? :)...Love you.

My dear children,
Be thankful to Allah always for what you've got...Ummi will always pray for you so that you will not be confused between what appears and what is.

This is her story narrated by her friend....at ikankiut

Alhamdulillah selesai sudah final exam untuk sem 2 tahun pertama. Saya mohon doa dari kalian agar saya najah dalam exam kali ni. Selama setahun saya dan beberapa sahabat se-AQRAB yang lain terpaksa duduk di dalam kelas bahasa, tapi tak apalah, semua itu pasti ada hikmahnya Sebagai hamba, saya harus tempuh semua itu dengan sabar kerana saya yakin dipenghujungnya pasti ada yang terbaik.

Selesai sahaja exam, salah seorang sahabat saya dari kelas bahasa telah datang ke bilik meminta saya untuk mengajarnya computer. saya kasihan melihatnya, di UIAM ni lah kali pertama dia memegang computer. Bayangkan, setiap kali presentation dia terpaksa menggunakan kertas majong dikala rakan sekelas lain menggunakan computer. Semasa saya mengajarnya dibilik, tampak jelas kegirangan diraut wajahnya. Alangkah gembira hatinya dapat peluang belajar computer sehingga tidak sedar sudah seharian suntuk dia menghabiskan masanya dihadapan computer sementara saya pula sudah terlelap awal-awal lagi disebabkan kekurangan tidur dihari-hari peperiksaan.

Malam itu, dia tidur di bilik saya. Ketika dia asyik bersama computer, saya menyampuk mengajaknya berbual bersama kerana diwaktu kuliyyah saya tidak sempat untuk mengenali dirinya dengan lebih dekat. saya hanya sempat tahu dia merupakan pelajar terbaik STAM yang menggondol pangkat keseluruhan mumtaz. Dia amat terkejut kerana saya tahu mengenai kejayaannya itu, lantas dia merendah diri dan memuji2 kebesaran Ilahi.

Diwaktu itu saya kelihatan semacam ada sesuatu yang tersirat disebalik kejayaanya itu. Tiba2 dia memulakan cerita hidupnya sebagai seorang perantau. Ibu bapanya merupakan rakyat Vietnam yang merantau ke Malaysia demi mencari sesuap nasi. Kalau korang nak tahu, kaum Muslim di Vietnam rata2 hidup dalam kemiskinan. Dia terpaksa menetap di Malaysia tanpa sebarang passport walaupun sudah berbelas2 tahun menetap di Malaysia.

Ini kerana jika dia mahu membuat passport, dia perlu membuatnya di Vietnam atas sebab2 tertentu. Baginya untuk pulang ke Vietnam, mereka perlu menyediakan wang yang banyak kerana untuk urusan passport sahaja sudah mencecah ribuan ringgit. Mana mungkin mereka boleh dapat kumpul wang sebanyak itu dalam masa beberapa tahun sahaja kerana ibunya hanya bekerja sebagai penjual kain dari rumah ke rumah sedangkan ayahnya sebagai penjual aiskrim bermotor. Banyangkan berapa sangatla mereka dapat kumpulkan duit dalam masa setahun. Banyak yang perlu dibelanjakan dari hasil jualan mereka seperti rumah sewa, pengangkutan dan anak2 yang masih lagi dibangku sekolah.

Alhamdulillah, selama berbelas2 tahun mereka mengumpul duit, akhirnya mereka berjaya juga. Ketika itu, dia (sahabat aku) sedang menunggu keputusan STAM. Dia bersama nenek dan ibunya pulang ke Vietnam menaiki bas selama 3 hari 3 malam. Semasa melintasi sempadan Thailand, mereka terpaksa melalui imegresen. Seperti mana yang kita ketahui, Thailand sedang mengalami masalah politik. Mereka tidak menyukai orang Islam. Dia bersama ahli keluarganya ditahan dan diminta duduk bercangkung seperti pendatang asing seterusnya di bawa ke penjara Thailand menaiki lori. Keadaan lori yang sarat dengan penumpang itu membuatkan mereka sukar untuk bernafas. Kasihan dirinya melihat neneknya yang sudah tua tercungap-cungap dalam lori. Selain itu, mereka terpaksa membayar setiap kantung bekalan yang dibawa sebanyak 30 bath. Keadaan makin parah, kerana duit yang dibawa hanya cukup2 untuk tambang perjalanan sedangkan kantung yang dibawanya banyak sekali.

Alhamdulillah, satu kantung sempat dilarikan, dapatlah mereka mengurangkan bayaran. Pengalaman duduk dipenjara amat memeritkan. Bau yang amat busuk, tempat yang kotor serta tandas yang tersumbat menyukarkan mereka untuk menunaikan kewajipan bersolat. Mereka juga sempat merasai pengalaman mengambil gambar sambil memegang nombor banduan. Aku terketawa seketika setiap kali melihat dia melakonkan semula detik2 sepanjang dia di tahan.

Dugaannya tidak terhenti di situ sahaja; semasa dalam proses membuat passport di Vietnam, dia dipaksa untuk membuka tudung dan setiap kali diarah untuk berjumpa pegawai polis, dia akan menangis kerana ketika itu juga mereka dipaksa membuka tudung. Alangkah peritnya dugaan yang terpaksa dilaluinya itu. Sahabat aku ini orangnya lemah-lembut, kuat bermunajat malam, rajin puasa sunat, dan satu perkara yang aku paling kagum sekali dia mampu mengeluarkan air mata setiap kali berdoa. Memang berjujuran habis. Kalau ditadah,mungkin boleh dapat satu gayung.

Dia terpaksa duduk di Vietnam selama beberapa bulan bagi menyelesaikan urusan passportnya; ini menyebabkan dia lambat mengambil keputusan STAM. Salah seorang jirannya mengkhabarkan padanya dia ada terdengar namanya disebut di radio Pahang sebagai pelajar terbaik STAM. Dia tidak mempercayai berita angin itu sehinggalah apabila dia sendiri pergi mengambil keputusannya di sekolah. Dengan keputusan yang cemerlang itu, dia ditawarkan belajar di UIAM. Sebaik sahaja menerima surat tawaran dari UIAM, matanya terpaku melihat yuran pengajian yang amat tinggi, RM6000. Yuran itu mesti dibayar sebelum hari pendaftaran, jika dia hendak belajar di UIAM. Bayangkan, mana dia nak mencari duit sebanyak itu dalam masa kurang sebulan sedangkan duit ketika itu telah habis digunakan untuk membuat passport. Alhamdulillah, hasil bantuan guru2nya mengutip derma disekolah, dapatlah ia mengurangkan sedikit beban.

Aku amat bersyukur pada-Nya kerana seringkali dipertemukan dengan sahabat2 yang bukan dikalangan orang yang kaya harta tetapi kaya iman. Apa la yang ada jika kita kaya harta tetapi miskin iman. Duit habis begitu sahaja hanya untuk memuaskan nafsu dunia tanpa memikir impak dari hasil perbelanjaan kita, dimana duit itu nanti disalurkan. Adakah kite boleh yakin ia akan tetap mengalir di dalam Malaysia? Atau ia akan ke US? Atau ke negara Yahudi? Ketahuilah kenikmatan yang dirasai itu hanya dapat bertahan seketika, mungkin sesaat, sejam, sehari, seminggu, setahun, tapi saya yakin ia tidak mungkin akan sampai lebih dari sepuluh tahun.fikir-fikirkanlah..