Wednesday, March 14, 2012

Ustaz Sekular

BismiLlah ar-Rahman ar-Rahim

Suatu ketika dahulu, Ummi bekerja menguruskan sebuah organisasi Islam. Andaian mudah yang selalu dibuat adalah graduan dari universiti timur tengah adalah orang yang berakhlak mulia dan amanah dalam menjalankan kerja mereka. Setelah mengenali mereka ternyata mereka tidak berbeza malah kadang-kadang lebih parah akhlaknya. Sebagai contoh, ada diantara mereka yang datang kerja pukul 9.00 pagi setiap hari walaupun mereka perlu sampai ke pejabat sebelum atau tepat pada pukul 8.00 pagi. Yang melucukan lagi (baca menyakitkan hati), orang yang selalu lewat ini akan solat dhuha sebaik sahaja sampai di pejabat...Waktu tengah hari, sebelum Zuhur, dia akan keluar dari pejabat dan tidak akan kembali lagi ataupun jika kembali ke pejabat, semestinya sudah hampir waktu Asar. Di manakah amanah, sedangkan gaji dia dibayar untuk dia berada di pejabat dan membuat kerja dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Hari ini Ummi berbincang dengan pelajar-pelajar Ummi untuk menjana idea bagi mengatasi kebejatan sosial yang berlaku sekarang. Ummi mohon pelajar menyenarikan faktor-faktor yang membuatkan dakwah tidak berkesan.

Pelajar: Madam, saya tidak sukalah dengan orang pakai kopiah ini...ponteng kelas tapi suruh kawan tandatangan bagi pihak dia, kalau buat assignment, tiru kawan dan cakap assignment itu dunia semata...asyik dengan kerja dakwah, tapi pelajaran terabai...

Guru: Ada juga orang yang macam itu?

Pelajar: Ada madam dan ramai pulak tu...

Guru: Apa pendapat kamu mengenai pelajar terbabit?

Pelajar: Mereka berperangai sekular kerana memisahkan agama dari kehidupan. Islam mengajar kita dunia sebagai ladang akhirat, apabila mereka memisahkan dunia dari akhirat, maka telah ada ciri-ciri sekular dalam diri mereka.

Guru: Wah! Saya kagum dengan kefahaman kamu. Benar, ada ciri-ciri sekular dalam diri pendakwah tersebut...yang lebih memeranjatkan saya adalah, mereka itu dari bidang agama. Mereka patut tahu membezakan Islam dari sekular.

Patutlah ustaz yang bekerja di organisasi Islam itu berperangai seperti itu! Tidak tahu membezakan antara sunat (solat Dhuha yang dilakukannya setiap hari) dengan wajib (amanah dalam bekerja YANG TIDAK DILAKUKANNYA)...Agaknya ketika belajar di universiti dulu, dia pun berperangai seperti pelajar-pelajar, mamat dakwah, yang suka menipu.

SIAPA AGAKNYA YANG DITIPU KALAU TIDAK DIRI SENDIRI. MELALUI PENGAMATAN DAN PENGALAMAN UMMI, PERANGAI KETIKA DI UNIVERITI AKAN TERBAWA KE TEMPAT KERJA.

No comments:

Post a Comment