Minggu ini sudah masuk minggu 4 Ummi terlibat dengan projek mengkaji hadith Rasulullah s.a.w yang spesifik mengenai pergaulan dan cara Rasulullah berkomunikasi dengan sahabat-sahabat baginda. Sungguh baginda sangat memberatkan persaudaraan dalam Islam dan berhubung dengan berkata-kata yang baik dan sopan. Pesan baginda, dengarlah bicara sahabatmu sepenuh hati seakan-akan kamu baru pertama kali mendengar kata-kata sahabatmu itu walaupun kamu sudah mendengarnya beratus-ratus kali.
Sebaliknya hari ini susah bagi kita untuk berjumpa dengan pemuda yang sopan berkata-kata sesama mereka, apatah lagi dengan orang yang lebih tua. Ummi sungguh sedih apabila Ummi dituduh mengikut cara barat oleh seorang pemuda ISMA--Salafi? yang tidak pernah kenal ummi sama sekali. Bagaimanakah beliau boleh menuduh tanpa membuat penyelidikan terlebih dahulu. Ummi copy and paste kata-kata beliau yang sungguh memilukan hati Ummi kerana pada pandangan Ummi, pemuda haraki yang berumur sebaya dengan anak Ummi, sepatutnya pemuda haraki-terutamanya-berakhlak mulia seperti Rasulullah. Berikut adalah bicara Ummi dengan pemuda haraki...yang panjang tapi Ummi pendekkan....Ummi juga terharu kerana pelajar Ummi membela Ummi...Ya Allah, Ummi bershukur dikurniakan pelajar yang menghormati guru mereka.
KS: oh..wan mazwati nak kata - kalo ibu berpendidikan tinggi,anak pun jd pndai.abih tu,org dlu2 pompuan suma jd surirumah yg cemerlang,talde degree ijazah tinggi2 pun.tkde kerjaya keta besar pun.cemerlang je anak2 depa? wan mazwati ikut sgt kajian saintifik cara barat ni...insaflah yerrr..sebab pompuan suma dh rasa mcm hebat sgt nk terkedepan sume la menyebabkan masyrkt rosak.sbb itu bukan pada fitrahnya
Wan Mazwati: Agaknya betul saya tidak memahami...cumanya pengalaman saya dan rakan-rakan researcher yang lain dalam hal-hal masalah domestic...termasuk kajian klinikal...majoriti ibu yang mendidik di rumah...sebahagian kecil saja bapa yang mendidik kerana selalunya baba tiada masa mendidik kerana kesibukan ditempat kerja... dan selalu juga bapa bila pulang kerja tidak membantu isterinya... kenyataan kehidupan
KS: ya,yg itu mmg betul.
Wan Mazwati: Kajian juga mendapati ada kaitan langsung anatara socio-economic status dengan pencapaian murid...cuba saudara KS bilang berapa orang dari kampung yang ibunya tidak berpendidikan tinggi berjaya berbanding dengan ibu yang berpendidikan ...
Wan Mazwati: "wan mazwati ikut sgt kajian saintifik cara barat ni...insaflah yerrr..sebab pompuan suma dh rasa mcm hebat sgt nk terkedepan sume la menyebabkan masyrkt rosak.sbb itu bukan pada fitrahnya"
Saya mungkin belum insaf tetapi kajian ini dibuat di Malaysia oleh kami para penyelidik,
kajian dari perspektif Islam
Wan Mazwati: Semoga Allah memberi saya hidayah dan supaya saya lebih insaf... mohon Tuan KS yang bijaksana melawat blog saya dan komen di situ http://ungs2030.blogspot.com/